Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 3 tahun berlari lintasi jalan raya, dilanggar kereta di depan kuil Depot Road

Oct 08, 2019 | 12:11 PM



SEORANG budak lelaki yang dilanggar kereta pada Sabtu lalu (5 Oktober) di luar kuil Hindu di Depot Road berada dalam keadaan stabil, kata jurucakap kuil tersebut kepada wartawan The Straits Times  pada Isnin (7 Oktober).



Kemalangan itu berlaku pada 6.30 petang dan budak lelaki tiga tahun itu telah dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada 7.15 malam untuk merawat lukanyanya, kata polis.



Video kemalangan itu dirakam oleh kamera yang dipasang sebuah kereta yang telah lalu di tempat kejadian, dan kemudian dimuat naik di laman Facebook ‘District Singapore’.



Di dalam klip itu, dua wanita dilihat berjalan bersama dua kanak-kanak di sebelah Kuil Sri Ruthra Kaliamman. Budak lelaki itu tiba-tiba berlari melintasi jalan di Depot Walk, iaitu jalan dua lorong keluar menuju ke Depot Road.



Budak lelaki itu berlari di belakang kereta yang diletakkan di lorong pertama sambil seorang wanita cuba mengejarnya.



Namun, budak lelaki itu berlari ke lorong kedua dan melintasi jalan sebelum sempat wanita itu mencapainya, lalu dia dilanggar sebuah kereta merah.



Polis sedang menyiasat kejadian itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >