Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 6 tahun yang dilanggar bas SMRT pagi tadi meninggal dunia

May 24, 2018 | 02:38 PM



SEORANG budak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia di hospital selepas dilanggar sebuah bas SMRT semasa menyeberang jalan raya di Choa Chu Kang pagi tadi (24 Mei).



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan melibatkan sebuah bas dan seorang pejalan kaki di Choa Chu Kang Avenue 5 menghala ke Choa Chu Kang Avenue 4 itu sekitar 9 pagi.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pegawainya menggunakan peralatan untuk menyelamatkan budak lelaki yang terperangkap di bawah bas tersebut.



Menurut akhbar The Straits Times, budak itu ditemui di bawah tayar belakang bas itu.



Budak itu kemudian dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dan meninggal dunia di sana, kata polis.



Pemandu bas itu, seorang lelaki berusia 57 tahun, sedang membantu polis dengan siasatan.



Naib presiden perhubungan korporat SMRT, Cik Margaret Teo, berkata syarikat pengendali pengangkutan itu meminta maaf dan berasa sedih dengan kemalangan ini.



“Pasukan prihatin kami telah menghubungi keluarga budak lelaki itu di hospital untuk memberi sokongan dan bantuan.



“Sementara itu, kami juga sedang membantu polis dengan siasatan mereka,” katanya.



Polis menggesa orang awam untuk tidak menyebarkan gambar atau video budak lelaki itu di tempat kejadian bagi menghormati keluarganya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >