Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Budak dua tahun dalam keadaan stabil selepas jatuh dari tingkat 11

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Budak dua tahun dalam keadaan stabil selepas jatuh dari tingkat 11

Nov 26, 2018 | 07:34 PM

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang jatuh dari tingkat 11 di sebuah flat di Sengkang Ahad lalu (25 Nov) berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat.

Kanak-kanak itu yang ditemui terlantar di rumput oleh para penduduk yang kemudian bergegas ke sebuah klinik berdekatan bagi mendapatkan bantuan doktor, menurut laporan Shin Min Daily News.

Dikenali hanya sebagai Encik Ruan, doktor tersebut memberitahu akhbar itu bahawa ambulans tiba lima minit setelah beliau sampai di tempat kejadian.

Kanak-kanak itu berada dalam keadaan sedar tetapi mata kirinya bengkak dan lengan kanannya kemungkinan patah, tambah Encik Ruan.

Beliau memegang tengkuk kanak-kanak itu untuk memastikan ia tidak bergerak sambil paramedik mengangkatnya ke tandu.

Ibu kanak-kanak lelaki itu berkata insiden tersebut berlaku kerana tingkapnya tidak ditutup. Beliau enggan memberi komen lanjut.

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa kanak-kanak tersebut mengalami cedera parah.

Polis dimaklumkan mengenai satu insiden kejatuhan dari ketinggian di Blok 182A Rivervale Crescent pada 10 pagi Ahad lalu.

Kanak-kanak yang ditemui dalam keadaan sedar itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.

Dia masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil. Polis sedang menyiasat insiden tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3