Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Budak lelaki, wanita ditemui mati dekat Bukit Batok

Nov 15, 2019 | 05:30 AM

SEORANG budak lelaki dan seorang wanita ditemui mati di Lorong Sesuai semalam, yang berdekatan Taman Semula Jadi Bukit Batok.

Polis berkata mereka diberitahu tentang dua kes kematian di Lorong Sesuai pada 6.42 pagi.

Budak lelaki itu, lima tahun, ditemui terkujur kaku dalam kereta.

Wanita itu, yang berusia 41 tahun, ditemui dalam keadaan sama berhampiran kereta itu.

Kededua budak lelaki dan wanita itu disahkan mati oleh paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang berada di tempat kejadian. Lorong Sesuai terletak berhampiran Hutan Simpanan Bukit Timah.

Sebahagian jalan raya ini terletak dalam kawasan yang terlarang.

Akhbar bahasa Cina, Shin Min Daily News, yang berada di tempat kejadian semalam, berkata polis telah mengepung kawasan itu.

Kawasan itu mempunyai tanda yang mengatakan ia hartanah negara dan tiada orang dibenarkan memasukinya.

Sebuah kereta polis juga dilihat di kawasan itu.

Menurut laporan Shin Min, polis berada di kawasan itu selama hampir enam jam.

Polis berkata siasatan sedang dijalankan.

*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian