Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bangkit untuk cemerlang di ITE

Budak 'nakal' yakin buat keputusan tepat masuk ITE

Jul 19, 2019 | 05:30 AM



SIKAP nakal pada zaman remajanya antara sebab mengapa keputusan peperiksaan peringkat GCE 'O' Amirul Daniez Redzhuan Abdul Latif tidak memuaskan.



Dengan agregat L1R4 sebanyak 28 mata, Amirul membuat keputusan untuk memasuki Institut Pendidikan Teknikal (ITE) walaupun menerima tentangan daripada anggota keluarga.



Menceburi bidang Kejuruteraan Gerak Cepat di ITE Kolej Barat, Encik Amirul, 20 tahun, bagaimanapun yakin telah membuat keputusan yang tepat.



Kelmarin, Encik Amirul diiktiraf dengan anugerah Pingat Emas Tay Eng Soon yang diberikan kepada lulusan terbaik ITE dalam kursus masing- masing, giat dalam aktiviti luar darjah dan turut menyumbang kepada kesejahteraan kolej mereka.



ITE juga berkata bahawa Encik Amirul muncul sebagai pelajar terbaik sejak kursus itu dilancarkan pada 2015 dan beliau turut menerima biasiswa SMRT sebanyak $1,700 di samping yuran pembelajarannya buat tahun kedua ditaja sepenuhnya.



"Pada mulanya, ibu bapa saya tidak begitu setuju dengan keputusan saya memasuki ITE.



"Mereka lebih suka jika saya mengulangi semula pelajaran saya di tahap menengah empat dan cuba mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan GCE 'O' saya," kata Encik Amirul, yang kini menuntut di Politeknik Republik dalam jurusan Sistem dan Pengurusan Kejuruteraan.



Proses memujuk ibu bapanya mungkin mengambil masa tetapi apabila Encik Amirul mula menunjukkan minat dalam pelajaran, mereka mula menyokong dan persepsi tentang pendidikan di ITE turut berubah.



"Pada mulanya, apabila saya memasuki ITE, saya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri kepada suasana dan budaya di sana.



"Apabila masuk daripada sekolah menengah, saya terus ke Higher Nitec dan ada rakan sekelas yang datang daripada kursus Nitec. Secara tidak langsung, mereka lebih berpengalaman dan lebih tahu tentang apa yang diajar, lebih-lebih lagi dalam kelas praktikal.



"Tetapi lama-kelamaan, saya mula suka dengan apa yang dipelajari dan lebih yakin bahawa inilah bidang yang ingin saya ceburi. Saya juga sering berkongsi pendapat dan sedikit sebanyak mengajar rakan saya yang lain," kata Encik Amirul.



Dalam dua tahun beliau menimba ilmu di ITE Kolej Barat, pelbagai jenis program tambahan yang telah beliau ikuti - antaranya adalah WorldSkills Singapore di mana beliau memenangi pingat perak dalam kategori Gerak Cepat.



Selain itu, beliau juga memenangi Anugerah Pencipta Muda Terpuji Tan Kah Kee bagi sebuah projek yang telah beliau jalankan.



"Bagi saya, ini semua rezeki. Keputusan peperiksaan GCE 'O' saya tidak memuaskan dan saya bekerja keras untuk berjaya di ITE.



"Bagi saya, saya bangga kerana akhirnya saya dapat mencapai sesuatu dan jadikan perkara ini perangsang bagi saya untuk lakukan lebih baik lagi dalam tahun-tahun yang akan datang.



"Jika seseorang itu memasuki ITE, tidak semestinya dia tidak boleh berjaya dalam kehidupan. Melalui ITE, saya nampak diri saya lebih matang dan lebih cekal apabila berhadapan masalah," ujar Encik Amirul lagi yang kini menyertai Program Bimbingan Belia Mendaki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >