Budak perempuan 14 tahun hilang

PIHAK polis kini dalam usaha mencari seorang kanak-kanak berusia 14 tahun, Siti Nur Eryqa Md Farid, dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai lokasi beliau untuk tampil. 

Siti Nur Eryqa ditemui kali terakhir di Blok 469B Yishun Street 43 pada 30 Jun 2019 sekitar 8 pagi. 

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau hantarkan maklumat tersebut dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness

Semua maklumat yang diberi tidak akan didedahkan kepada orang ramai.