Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak sekolah mati terjatuh semasa sesi hidu 'gas ketawa'

Oct 25, 2016 | 08:30 AM



SEORANG budak lelaki berusia 13 tahun mati terjatuh dari sebuah blok HDB semasa mengadakan sesi 'gas ketawa' dengan dua rakan sedarjahnya.

Koroner Negara Marvin Bay mendapati kematian budak itu di Blok 24, Bendemeer Road, pada 25 Mei lalu sebagai "nasib malang menyedihkan".

Budak itu, yang menghidu butana - yang digunakan dalam kanister gas dan cecair pemetik api - jatuh dari tingkat lapan dan disahkan meninggal dunia pada 6.40 petang.

Mayatnya, yang berpakaian uniform sekolah dan stoking biru tanpa kasut, ditemui pada belebas di tingkat dua blok itu.

Sebelum itu, dia bersama dua rakannya mengadakan sesi 'gas ketawa' di ruang terbuka dekat sebuah lobi lif di tingkat 10.

Dalam keputusannya pada Isnin (24 Okt), Koroner Bay berkata kematian budak itu satu peringatan serius mengenai bahaya yang boleh disebabkan oleh penyalahgunaan butana, yang merupakan satu bentuk penyalahgunaan inhalan.

"Kejatuhannya nampaknya dicetuskan oleh perbuatan mengambil risiko yang disebabkan oleh keadaan sangat gembira dek penyalahgunaan butana," katanya.

Inhalan gas butana masuk melalui sistem paru-paru, dan segera masuk ke dalam bekalan darah dan boleh menyebabkan mabuk dalam beberapa saat.

Kesan akut penyalahgunaan inhalan termasuk pening, kadar denyut jantung meningkat, koordinasi terjejas, penanaran (disorientasi) dan kekeliruan.

Menyedut hidrokarbon seperti butana, isobutana dan propana boleh menyebabkan pelbagai gejala neurologi.

Encik Bay berkata penyalahgunaan butana dan penyalahgunaan toluene, atau menghidu gam, boleh menyebabkan ketagihan fizikal dan psikologi serius.

Budak itu, yang digambarkan selalu gembira dan suka bergurau, "tidak mempunyai fikiran bunuh diri, tekanan dek kerja sekolah" mahupun dibuli di sekolah.

Koroner berkata tidak ada bukti untuk mengesyaki perbuatan khianat. Selepas siasatan terperinci, tiada bukti untuk menyokong dakwaan ibunya, yang berada di pusat pemulihan dadah, bahawa anaknya diserang pada hari kematiannya.

Siasatan menunjukkan dia dan rakannya mencuri tiga kanister isian semua pemetik api Ronson Universal dari sebuah kedai runcit di Bendemeer Road untuk sesi 'gas ketawa'.

Ini dilakukan dengan menyembur kandungan bergas kanister itu ke dalam beg plastik atau baju yang dibundel, dan menyedut kandungan kanister itu dari mulut beg plastik atau baju, melalui mulut, untuk mencapai keadaan fikiran khayal.

Budak itu melompat-lompat dan ketawa sendiri selepas menghidu butana pada bajunya, mahkamah diberitahu.

Rakan-rakannya melihat dia duduk di atas belebas, menghadap ke luar dengan kakinya terjuntai. Tiba-tiba, tangan kirinya tergelincir dan dia terjatuh. Dia tidak dapat terus berpegang pada tembok luar belebas itu dan jatuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >