Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budaya pementoran perkasa golongan belia

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



DALAM mengharungi kehidupan yang mencabar, Encik Syafiq Faruq, tidak berputus asa untuk bangkit semula biarpun menempuh zaman persekolahan yang penuh ranjau.



Beliau bukan sahaja gagal dalam peperiksaan GCE Peringkat 'O' sebanyak dua kali tetapi juga pernah keciciran sekolah ketika menuntut di Institut Pendidikan Teknikal Kolej Central.



Namun berkat kesungguhannya, beliau berjaya mencapai impian untuk melangkah ke menara gading, malah tidak lama lagi bakal menggenggam segulung ijazah sarjana muda dalam Sains Senaman dan Sukan dari Universiti Essex yang beliau ikuti menerusi pengajian jarak jauh.



Sepanjang perjalanan berliku yang dilaluinya, Encik Syafiq, 26 tahun, yang masih bujang, juga terpaksa membuat keputusan sendiri apabila berada di persimpangan kerana tidak mempunyai contoh teladan yang dapat membimbingnya.



Ini meningkatkan keazamannya untuk mengisi jurang yang wujud, dengan menjadi mentor atau pembimbing kepada belia lain.



Mentor bagi program masyarakat PEER kendalian Kelab Mendaki Muda itu kini bekerja secara sambilan sebagai ahli terapi sukan, jurulatih peribadi dan juga pengajar sambil menunggu majlis tamat pengajian universitinya.



"Saya ingin menyumbang kembali, berkongsi dengan pelatih saya tentang perjuangan yang saya lalui, dan bagaimana untuk terima kegagalan dan kemudian mengatasinya supaya dapat mencapai apa yang kita mahukan dalam kehidupan," katanya.



Budaya pementoran seperti itu, adalah sesuatu yang Encik Hafiz Kasman, pengerusi bersama Perikatan untuk Bertindak (AfA) Mentoring berharap setiap belia akan dapat.



"Di akhirnya kami bukan sahaja cuba memberi kesan kepada hanya 4000 belia yang ada bersama kami hari ini tetapi berpuluh ribu, mahupun beratus ribu belia. Dan hari ini saya tidak rasa kita boleh katakan bahawa semua belia mempunyai akses kepada peluang pementoran tetapi kita ingin sampai ke peringkat di mana beberapa tahun akan datang, semua belia mempunyai akses kepada peluang pementoran, tidak kira latar belakang mereka atau tahap kehidupan mereka," katanya yang bakal menjadi penasihat bagi pejabat Mentoring SG yang dilancarkan semalam.



Pejabat itu akan memadankan mentor dan mentee berdasarkan keperluan mereka selain membina keupayaan mentor dengan menyediakan mereka latihan dan sumber serta berkongsi amalan terbaik.



Pejabat yang disokong Majlis Belia Kebangsaan (NYC) itu juga akan meluaskan program pementoran berstruktur bagi belia, dengan menjalinkan lebih banyak kerjasama dalam kalangan sekolah, syarikat dan pertubuhan mentoring.



Pejabat tersebut akan diterajui Encik Kelvin Kong, pengerusi bersama AfA Mentoring, yang akan menjadi pengarah eksekutif pejabat tersebut. Anggota serta lembaga pengarahnya masih belum dimuktamadkan.



Pejabat tersebut akan mengambil alih pengendalian laman web mentoring.sg yang mengandungi sebuah portal yang menyediakan peluang pementoran.



Lebih 1,000 mentor berpengalaman daripada pelbagai kerjaya telah menyertai wadah tersebut di bawah AfA Mentoring dan lebih 1,000 pemadanan telah dilaksanakan antara mentor dengan mentee.



Antara rakan Mentoring SG ialah Pejabat Mentoring Belia, yang ditubuhkan oleh Yayasan Mendaki dan disokong M3 -turut terdiri daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Menyentuh tentang usaha Mentoring SG, Timbalan Pengarah Future Ready, Yayasan Mendaki, Cik Noor Atiqah Ab Halim berkata ia sesuatu yang dialu-alukannya kerana belia Melayu tidak mempunyai akses yang cukup kepada contoh teladan.



Menurutnya, antara cabaran yang dihadapi ialah sekolah mungkin tidak yakin sepenuhnya dengan program mereka, dan pelajar mungkin tidak merasakan bahawa pementoran itu adalah sesuatu yang penting.



"Dengan Mentoring SG melancarkannya pada tahap nasional, harapannya adalah mentoring dijadikan perkara yang biasa dalam masyarakat...dari segi mendapat mentor untuk menyumbang kembali menerusi program kami, ia akan menjadi lebih mudah kerana sudah ada dorongan bahawa pementoran adalah sesuatu di mana para karyawan boleh tampil dan menyumbang kembali," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >