Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budaya penjaja SG disyor masuk senarai Unesco

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



SATU panel penilaian global telah mengesyorkan agar budaya penjaja di Singapura dimasukkan ke dalam senarai budaya Unesco, sekali gus meningkatkan peluang bagi negara ini untuk menyertai senarai itu.



Panel itu merangkumi 12 pakar daripada serata dunia yang dilantik sebuah jawatankuasa antara pemerintah (IGC), yang akan memutuskan sama ada budaya penjaja Singapura akan disertakan dalam Senarai Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Tidak Ketara itu bulan depan.



Demikian menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Lembaga Warisan Negara (NHB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Persekutuan Persatuan Pedagang Singapura (FMAS) semalam. Tiga badan itu telah mengemukakan pencalonan Singapura bagi senarai tersebut tahun lalu.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata Singapura masih perlu menunggu keputusan akhir IGC itu bulan depan.



"Tetapi ini berita baik kerana ia memberi petanda baik. Sementara itu, marilah kita terus menyokong penjaja kita dan tunjukkan penghargaan kita," ujar Encik Tong.



Pemilik gerai Nasi Lemak Ayam Taliwang, Encik Mohammed Noorman Mubarak Ahmad, mengalu-alukan perkembangan itu.



"Ini satu pencapaian dan pengiktirafan hebat untuk penjaja kerana kami juga termasuk dalam ekosistem sosial masyarakat," ujar Encik Noorman, 41 tahun, yang mempunyai enam gerai di serata Singapura.




Laporab lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >