Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budaya penjaja S'pura diterima sebagai warisan budaya dunia Unesco

Dec 16, 2020 | 10:42 PM



SETELAH dua tahun diusahakan pencalonannya, budaya penjaja Singapura berjaya dimasukkan ke dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai (Unesco Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity).



Keputusan itu diumum pada sidang ke-15 Jawatankuasa Antara Pemerintah (IGC) pada Rabu malam (16 Disember) secara maya.



Pencalonan Singapura turut disokong panel penilaian dunia merangkumi 12 pakar yang dilantik oleh IGC.



IGC, yang mempunyai 24 anggota, menerima saranan panel penilaian sambil disaksikan 117 wakil negara dan pertubuhan bukan pemerintah (NGO).



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata Singapura menjunjung penghormatan itu sambil mengucapkan terima kasih kepada panel penilai dan IGC atas sokongan mereka.



"Budaya penjaja Singapura merupakan kebanggaan Singapura dan warganya. Budaya ini juga mencerminkan warisan yang masih wujud dan sifat berbilang bangsa bahkan sebahagian besar daripada kehidupan warga setempat.



"Saya berterima kasih kepada semua penjaja dan warga atas sokongan luar biasa terhadap pencalonan ini.



"Penerimaan ini menunjukkan kepentingan daya tahan, keupayaan menyesuaikan dan perpaduan yang semakin penting dalam perjuangan menentang Covid-19 hari ini.



"Sekali lagi, terima kasih Unesco atas pengiktirafan ini," ujar Encik Tong dalam ucapan videonya.



Pengiktirafan Unesco itu bermakna budaya penjaja Singapura akan dilindungi dan dipromosikan kepada warga setempat dan pelawat asing.



Sebelum ini, Kebun Bunga Singapura meraih pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.



Melahirkan rasa gembiranya dengan pengiktirafan Unesco ini, Presiden Halimah Yacob dalam catatan Facebooknya berkata ia adalah petanda kerja keras dan dedikasi penjaja dahulu dan sekarang.



"Budaya penjaja telah mencorak identiti warga Singapura dalam banyak cara, menyumbang pada kerencaman masyarakat berbilang budaya kita.



"Bagi ramai warga Singapura, pusat penjaja menjadi ruang makan yang mudah dikunjungi di mana masyarakat dari pelbagai latar belakang berpeluang menikmati bermacam sajian makanan berbilang budaya dengan harga berpatutan - ciri ketara kekayaan warisan makanan kita.



"Dengan kita meraikan pencapaian Budaya Penjaja Singapura ini, marilah kita terus tunjukkan lebih sokongan terhadap perniagaan penjaja kita dan meraih sokongan masyarakat agar memelihara warisan budaya yang tidak ternilai ini bagi generasi akan datang."



Menyifatkan pengiktirafan Unesco itu sebagai berita baik, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong pula menulis di Facebook:



"Ramai telah bekerja keras bagi menempatkan  Budaya Penjaja Singapura di dalam senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai ini. Terima kasih kepada semua - ia adalah satu perjalanan yang panjang tetapi membuahkan hasil," kata Encik Lee.



Beliau juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada generasi penjaja kerana 'mengisi perut warga negara ini' dan memberi semangat kepada rakyat dengan makanan berkhasiat.



"Pengiktirafan ini tidak akan diperolehi tanpa keringat, usaha dan dedikasi terhadap tugasan sebagai penjaja," tambah beliau.



 



 



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >