Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budaya penjaja terus dihayati orang muda

Nov 26, 2020 | 05:30 AM



BUDAYA penjaja tempatan boleh dijejaki hingga berabad lalu.



Biarpun budaya ini mungkin suatu yang 'lama', ia tetap dekat dengan hati anak muda zaman sekarang.



Malah, mereka yang dihubungi Berita Harian (BH) rata-rata bangga dengan budaya penjaja ini yang telah membentuk sebahagian identiti mereka sebagai rakyat Singapura, dan patut dipelihara.



"Tiada negara lain boleh menyerlahkan budaya penjaja sebaik negara kita. Kita berbangga dengannya, kita menikmatinya dan kita pasti luangkan masa sedikit sebanyak untuk ke pusat penjaja," kata mahasiswi Universiti Teknologi Nanyang, Cik Zubaidah Mohammed Eusoff, 20 tahun.



Beliau yang ke pusat penjaja sekitar dua kali dalam sebulan berkata suasana pusat penjaja juga melambangkan negara ini yang berbilang agama dan kaum, kerana semua orang tidak kira latar belakang akan ke sana untuk menikmati makanan.



"Kita tidak perlu menempah slot, kita tidak perlu 'ditapis' menerusi lensa kestabilan kewangan apabila kita makan di tempat sebegitu. Ia sejujurnya tempat di mana kita semua rakyat negara ini, berada di sana untuk makan," tambahnya.



Baru-baru ini, satu panel penilaian global telah mengesyorkan agar budaya penjaja di Singapura dimasukkan ke dalam senarai budaya Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), sekali gus meningkatkan peluang bagi negara ini untuk menyertai senarai itu.



Singapura berjaya memenuhi semua kriteria untuk menyertakan budaya penjaja di sini ke dalam senarai Unesco bagi Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Tidak Ketara.



Antara kriteria itu ialah langkah perlindungan sedia ada dan masa depan yang memastikan amalan berterusan budaya itu, di samping pelibatan masyarakat yang meluas.



Dalam satu laporannya, sebuah kumpulan penilaian antarabangsa merangkumi 12 pakar memuji Singapura kerana merancang cara kreatif bagi mendorong penyertaan aktif masyarakat dalam proses pencalonannya sejak dari awal.



Saranan kumpulan penilaian itu, yang dilantik oleh Jawatankuasa Antara Pemerintah (IGC), akan membantu dalam perbincangan mengenai permohonan Singapura semasa sesi IGC ke-15 yang akan dijalankan secara maya pada 14-19 Disember.



IGC akan menilai saranan kumpulan pakar itu dan membuat keputusan akhir apakah permohonan Singapura bagi budaya penjaja itu dimasukkan dalam senarai Unesco tersebut boleh diterima.



Jika berjaya, budaya penjaja itu akan merupakan pengiktirafan kedua oleh Unesco selepas Kebun Bunga Singapura, yang sekarang satu-satunya tapak di Singapura yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco sejak tiga tahun lalu.



Dalam mendengar berita itu, Cik Nur Syamimi Awalludin, 24 tahun, berkata beliau rasa lega bahawa sekurang-kurangnya pusat penjaja tidak akan dirobohkan dalam masa terdekat ini.



Di samping harga makanan yang murah, eksekutif pemasaran dan perhubungan itu berkata suasana pusat penjaja yang 'lepak' membuatkan beliau senang hati kerana tidak rasa akan 'dinilai' dari cara beliau makan contohnya jika dibandingkan dengan suasana restoran mahal.



"Budaya penjaja ini dipenuhi nostalgia dan memori indah, justeru ia perlu dipelihara. Untuk memelihara budaya ini, mungkin darmawisata sekolah boleh dianjurkan untuk ke pusat penjaja atau adakan pameran muzium di mana orang ramai boleh rasa makanannya, dan tentang sejarah serta evolusi pusat penjaja di Singapura," tambahnya yang ke pusat penjaja setiap minggu.



Bagi Cik Nurshazwani Khaswan, 26 tahun, pula beliau akui beliau tidak kerap ke pusat penjaja kerana kadangkala ingin menikmati makanan di restoran atau makanan lebih mahal dalam keadaan seperti 'fine-dining'.



Namun, beliau tetap sedar kepentingan untuk terus menyalakan semangat dan budaya penjaja.



"Ia adalah orang seperti kita, generasi lebih muda, yang mempunyai lebih semangat dalam kehidupan dan kebanyakannya mendakap pekerjaan tidak tradisional, memilih minat daripada kestabilan, yang sepatutnya teruskan budaya (penjaja) ini," tambah pedagang komoditi pertanian itu.




"Tiada negara lain boleh menyerlahkan budaya penjaja sebaik negara kita. Kita berbangga dengannya, kita menikmatinya dan kita pasti luangkan masa sedikit sebanyak untuk ke pusat penjaja."
– Cik Zubaidah Mohammed Eusoff, 20 tahun, mahasiswi Universiti Teknologi Nanyang.



"Budaya penjaja ini penuh dengan nostalgia dan memori indah, justeru ia perlu dipelihara. Untuk memelihara budaya ini, mungkin darmawisata sekolah boleh dianjurkan untuk ke pusat penjaja atau adakan pameran muzium di mana orang ramai boleh rasa makanannya, dan tentang sejarah serta evolusi pusat penjaja di Singapura."
– Cik Nur Syamimi Awalludin, 24 tahun, eksekutif pemasaran dan perhubungan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >