Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Budaya pentingkan diri sendiri semakin tular dalam masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Budaya pentingkan diri sendiri semakin tular dalam masyarakat

Nov 24, 2021 | 05:30 AM

SEMANGAT hidup berkampung di Singapura pada 1950-an dan 1960-an membantu rakyat negara ini lebih terjalin dan aktif dalam masyarakat mereka, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan, terdapat penekanan lebih ketara pada kepentingan diri sendiri.

Meskipun itu kini lebih dilihat di Amerika Syarikat dan Eropah, ia semakin menular dalam masyarakat di mana-mana, ujar Encik Wong.

"Fikirkan tentang kehidupan lalu pada tahun-tahun 1950-an atau 60-an: Terdapat banyak masalah, tetapi masyarakat di mana-mana umumnya lebih bersepadu, dan orang ramai lebih terhubung dan aktif dalam masyarakat masing-masing.

"Di Singapura kita memanggilnya 'Semangat Kampung'. Sejak beberapa dekad dahulu, terdapat penekanan lebih ketara terhadap budaya (yang menekankan kepentingan) diri sendiri.

"Semuanya tentang bagaimana "saya nak bebas untuk jadi diri sendiri". Kita melihat ini lebih jelas di Amerika Syarikat dan sebahagian di Eropah, tetapi ia semakin menular dalam masyarakat di mana-mana," kata Encik Wong.

Namun, katanya, sedang tumpuan pada individu telah membawa banyak kemajuan dalam banyak bidang, ia boleh memudaratkan masyarakat.

Ini seperti dinyatakan penulis pojok New York Times, David Brooks, bahawa apabila rasa diri semakin besar, melebihi masyarakat, sikap mementingkan diri akan menguasai diri dan hubungan antara satu sama lain akan lemah.

"Ini akan membawa kepada kesunyian dan pengasingan. Apabila orang berasa sepi dan terasing, mereka akan kembali kepada sikap dahulu masyarakat kita - kembali berpuak."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3