Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budaya pusat penjaja 'dekat' di hati 90% responden yang ditinjau

Jul 05, 2022 | 02:37 PM



SEKITAR 90 peratus daripada 100 responden menyatakan mereka menjamu selera di pusat penjaja sekurang-kurangnya seminggu sekali.



Dapatan ini adalah hasil tinjauan Berita Harian (BH) ke atas 100 responden terhadap trend makan di pusat penjaja dan budaya penjaja.



Antara sebab yang diberikan adalah kerana terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh memenuhi cita rasa orang ramai serta harga makanan yang berpatutan.



Separuh daripada responden didapati jarang makan di pusat penjaja adalah dalam kumpulan usia 21 hingga 30 tahun. Mereka lebih gemar membungkus makanan yang dibeli untuk menikmatinya di tempat yang lebih selesa.



Tinjauan itu turut mendapati makanan tradisional seperti nasi lemak, mi goreng dan nasi padang adalah antara makanan yang terlintas di fikiran responden apabila memikirkan mengenai makanan dari pusat penjaja.



Menurut salah seorang responden itu, Cik Ameryn Dahnia, makanan di pusat penjaja telah dikenali sejak kecil lagi dan menjadi pilihannya apabila makan di luar.



Bagi Cik Syasya 'Aidatuz Zahwah Hamzah resipi makanan tradisional yang telah diwarisi turun-temurun dari beberapa generasi telah melihat warga Singapura dari pelbagai bangsa dan latar belakang duduk bersama dan berinteraksi untuk menikmati makanan tersebut.



Pusat penjaja adalah sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Singapura sejak ditubuhkan pada tahun 1970-an yang juga mencerminkan budaya di Singapura.



Bagi pemilik Dapur Aishah yang terletak di Blok 511, Kaki Bukit Food Centre di Bedok North, yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Siti Aisyah Kamiran, beliau yakin makanan dan budaya penjaja tidak akan luput ditelan zaman.



"Orang muda juga masih ramai yang suka dan membeli makanan tradisional seperti nasi rawon dan nasi jenganan di gerai saya," kata beliau.



Menurut Encik Shahrizal Salleh atau lebih dikenali sebagai Cef Bob, walaupun makanan penjaja sering kali dikaitkan dengan makanan yang lebih tradisional, budaya dan makanan penjaja kini telah berubah.



"Kini, terdapat penjaja era baru yang menjual makanan dan minuman yang lebih moden ataupun fusion seperti kopi Italian Press, stik dan daging salai.



"Semua yang boleh kita temui di restoran kini boleh juga ditemui di pusat penjaja kerana kos sewa di pusat penjaja lebih berpatutan berbanding tempat lain," kata Cef Bob.



Encik Adam Shah yang mengelolakan The Halal Food Blog menyatakan bahawa budaya dan makanan penjaja kini sudah berkembang dengan generasi baru mengikuti peredaran zaman.



"Kita boleh membeli nasi lemak dari satu gerai dan makanan Jepun, ramen, boleh dibeli di gerai sebelahan," ujarnya.



Seorang jurucakap Lembaga Warisan Negara (NHB) dalam satu respons kepada BH turut menyatakan bahawa budaya penjaja dan warisan makanan Singapura telah berkembang mengikut peredaran zaman.



"Budaya penjaja dan warisan makanan di Singapura mencerminkan 'warisan hidup' dan ia akan terus berkembang dan berubah mengikut peredaran masa untuk kekal relevan dan bermakna bagi warga Singapura.



"Oleh itu, budaya penjaja akan sentiasa menggabungkan warisan makanan tradisional dan pengaruh dari generasi masa hadapan dan ini membolehkannya memenuhi keperluan pelbagai generasi," ujar jurucakap NHB.



LAPORAN SELANJUTNYA: Ambil alih gerai berkat sikap amanah dan cekap




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >