Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BELANJAWAN: MEMBIAYA KEPERLUAN JANGKA PANJANG

Budi bicara Presiden guna rizab lampau jika keadaan memburuk

Feb 17, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah meminta pertimbangan Presiden Halimah Yacob untuk menggunakan rizab lampau jika keadaan Covid-19 bertambah buruk yang menjejas ekonomi.



Penggunaan rizab itu dapat menyokong pelaburan ekonomi bagi memastikan Singapura dapat bangkit lebih kukuh dari krisis itu.



"Kami telah memaklumkan kepada Presiden mengenai strategi pemerintah dan pelan kontingensi jika terdapat kesan berpanjangan pandemik terhadap ekonomi.



"Presiden melahirkan pemahamannya terhadap pendekatan pemerintah dan akan menimbangkan saranan khusus jika terdapat keperluan bagi mengeluarkan dana dari rizab lampau,'' kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.



Mengumumkan Pakej Daya Tahan Covid-19 bernilai $11 bilion yang diumumkan bagi menangani cabaran jangka pendek, beliau berkata ia dijangka dibiayai melalui rizab lampau.



Presiden Halimah, dalam posnya di Facebook, menyatakan bahawa Encik Heng dan Majlis Penasihat Presiden (CPA) telah bertemu dengannya bulan lalu.



"Saya bersetuju dengan saranan pemerintah memandangkan keadaan yang luar biasa ini, dan memberikan sokongan secara prinsip bagi menggunakan rizab lampau bagi membiayai $11 bilion bagi pakej bantuan jangka pendek ini,'' kata Puan Halimah.



Jika keadaan ekonomi dan fiskal berubah menjadi lebih buruk daripada yang dijangka, Encik Heng menambah bahawa ia amat perlu bagi negara ini terus 'melabur dalam bidang baru'.



Dalam Belanjawan sebelum ini, beliau berkata pemerintah sedang menimbangkan menggunakan pinjaman bagi membiayai prasarana utama yang bersifat jangka panjang yang dapat memanfaatkan generasi hari ini dan masa hadapan.



Setelah membuat kajian, Encik Heng berkata pemerintah merancang mengeluarkan bon baru di bawah Akta Pinjaman Pemerintah Bagi Prasarana Penting (Singa) dan akan membentangkan Rang Undang-Undang di Parlimen lewat tahun ini.



Dengan perundangan Singa, pemerintah akan menawarkan bon dengan peranan tambahan bagi membiayai prasarana jangka panjang yang utama termasuk laluan MRT baru dan prasarana bagi melindungi negara dari paras air laut yang meningkat.



"Sebagai perlindungan, kami telah mengehadkan $90 bilion bagi pinjaman di bawah Singa. Ini adalah berdasarkan projek prasarana jangka panjang yang dirancangkan bagi 15 tahun mendatang,'' katanya.




PRESIDEN HALIMAH SUDAH DIMAKLUMKAN

"Kami telah memaklumkan kepada Presiden mengenai strategi pemerintah dan pelan kontingensi jika terdapat kesan berpanjangan pandemik terhadap ekonomi.

"Presiden melahirkan pemahamannya terhadap pendekatan pemerintah dan akan menimbangkan saranan khusus jika terdapat keperluan bagi mengeluarkan dana dari rizab lampau.''

- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >