Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bufet kembali rancak

Kebetulan kelonggaran sebelum Ramadan
Apr 19, 2021 | 05:30 AM



SEJAK hidangan bufet kembali disajikan kepada pelanggan di restoran selepas peraturan dilonggarkan Isnin lalu, pemilik restoran di sini menyatakan mereka menyaksikan peningkatan dalam permintaan.



Sambutan memberangsangkan itu amat dialualukan, terutamanya dalam bulan Ramadan ini.



Selama setahun, mereka tidak dapat menghidangkan makanan secara bufet disebabkan sekatan Covid-19 yang diperkenalkan sejak tempoh pemutus rantaian jangkitan pada 7 April lalu. Sebaliknya, mereka menggunakan troli untuk menghantar makanan ke setiap meja pelanggan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Hospitality Group, Encik Ali Abbas, berkata tempahan meningkat 20-25 peratus sejak kelonggaran bufet dibenarkan.



Syarikatnya mengendalikan perniagaan F&B di Royal Palm Orchid Country Club, Clarke Quay Central dan The Landmark Village Hotel Bugis.



“Pelanggan rasa gembira kerana mereka dapat melihat sajian bufet dan mereka makan dua, tiga round. Namun, kami perlukan lebih ramai kakitangan untuk menyediakan makanan kepada pelanggan atau 30 peratus lebih tinggi,” kata beliau.



Menurut garis panduan dari Persatuan Karyawan Katering Singapura, pekerja restoran perlu memberikan makanan itu kepada pelanggan dan pelanggan masih belum dibolehkan untuk mengambil makanan sendiri.



Restoran Carousel di Hotel Royal Plaza on Scotts, menyatakan ia memastikan langkah-langkah keselamatan bagi mengekang penularan Covid-19 dipatuhi.



“Pelanggan boleh memilih makanan kegemaran mereka dari kaunter bufet tetapi kakitangan Carousel akan memberikan makanan itu. Di kaunter bufet, semua makanan dibahagikan dengan pengadang yang akan disanitasi secara kerap,’’ kata pengurus besar Royal Plaza on Scotts, Encik Patrick Fiat.



Restoran StraitsKitchen di Hotel Grand Hyatt Singapore tetap memastikan jarak satu meter antara meja dan tidak membenarkan lebih daripada lapan orang duduk semeja.



Mereka juga membersihkan semua meja, kerusi dan menu menggunakan sanitiser sebelum membolehkan pelanggan duduk, dan menggalak pelanggan menggunakan menu elektronik melalui kod QR.



Kelonggaran itu dilaksanakan bertepatan dengan bulan puasa apabila restoran-restoran itu menyediakan bufet Ramadannya tahun ini.



Menurut Encik Fiat, pakej buka puasa mereka mendapat sambutan baik daripada pelanggan, dengan hampir 70 peratus tempahan diterima dan dari peratusan itu, 80 peratus merupakan pelanggan Muslim.



Kelonggaran itu merupakan satu langkah ke arah pemulihan bagi perniagaan restoran-restoran itu.



Meskipun sajian bufet kini boleh ditawarkan semula, restoran-restoran menyatakan penjualan masih belum mencapai paras sebelum Covid-19.



“Penjualan masih 50 peratus di bawah kadar sebelum Covid-19. Tetapi, kami berharap ia akan beransur pulih,’’ tambah Encik Ali.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >