Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Bujang boleh beli flat PLH bersama ibu bapa, adik-beradik bujang jika yatim piatu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bujang boleh beli flat PLH bersama ibu bapa, adik-beradik bujang jika yatim piatu

Jan 11, 2022 | 05:30 AM

ORANG bujang boleh membentuk sebuah unit keluarga bersama ibu bapa mereka, atau adik-beradik yang belum berkahwin selepas ibu bapa mereka meninggal dunia, untuk membeli flat di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH), kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Model itu, yang kali pertama diumumkan pada Disember 2020, bertujuan mengelakkan kawasan utama di negara ini daripada menjadi estet eksklusif yang hanya boleh dimampui oleh mereka yang berkemampuan.

Dalam satu jawapan bertulis bagi soalan Parlimen yang diajukan semalam, Encik Lee berkata pelaksanaan kriteria kelayakan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) bagi pembelian flat di bawah model PLH memberikan keutamaan kepada keluarga rakyat Singapura yang mungkin memerlukan lebih banyak ruang dek isi rumah lebih besar.

"Oleh sebab model PLH ialah sebuah model baru yang dihadkan kepada kawasan utama, tidak akan ada banyak flat yang dilancarkan di bawah model ini dalam fasa awal dan oleh itu, adalah perlu, pada masa ini, untuk menetapkan garis panduan untuk keutamaan," kata Encik Lee.

Beliau turut berkata orang bujang layak membeli flat BTO daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan juga boleh membeli flat PLH jualan semula pada masa depan.

Tambah beliau, model PLH masih baru, dan pemerintah akan terus menyemaknya demi memastikan ia memenuhi keperluan segmen penduduk yang berbeza.

Encik Lee berkata demikian dalam menjawab soalan oleh Cik Rachel Ong (GRC West Coast) yang bertanya mengapa orang bujang tidak dibenarkan membeli flat jualan semula di bawah model PLH.

Encik Lee menambah bahawa pemerintah juga telah memperluaskan pilihan perumahan bagi orang bujang sejak bertahun lalu.

Rakyat Singapura berusia 35 tahun dan ke atas yang belum berkahwin boleh membeli flat jualan semula dalam apa jua saiz dan di mana-mana lokasi, termasuk dalam estet HDB yang sedia ada dalam lokasi utama yang tidak dilancarkan di bawah model PLH.

"Untuk meletakkannya dalam konteks, sebahagian besar bekalan rumah jualan semula, atau lebih sejuta flat, akan tersedia bagi pembelian oleh orang bujang dalam masa sekitar 15 tahun pada waktu yang sama kumpulan flat PLH yang pertama memasuki pasaran terbuka," kata Encik Lee.

Orang bujang yang membeli flat untuk kali pertama juga mempunyai pilihan membeli flat dua bilik Fleksi baru daripada HDB dalam estet bukan matang.

Golongan ini juga boleh layak bagi pelbagai geran perumahan untuk membantu mereka dalam pembelian flat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3