Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buka akaun bank untuk terima wang mangsa tipu: Lelaki dijel 3 bulan

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



AKIBAT mengharapkan upah $500, seorang lelaki berusia 22 tahun membuka akaun bank untuk lelaki yang tidak dikenali yang kemudian menggunakannya untuk menerima wang daripada mangsa yang ditipu.



Dalam kira-kira lima hari, lebih daripada $35,500 telah ditipu daripada lapan orang dalam penipuan e-dagang.



Kelmarin, Muhammad Hafizzudin Hasanudin dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menipu. Satu lagi pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer telah diambil kira.



Timbalan Pendakwa Raya Esther Wong berkata: "Kes ini merupakan pendakwaan pertama bagi pesalah yang menyerahkan akaun banknya kepada penipu dalam talian, sebagai ganjaran mendapatkan wang, dengan tidak menghiraukan sama sekali bagaimana akaun bank itu akan digunakan oleh penipu."



Mendesak mahkamah mengenakan hukuman penjara tiga hingga empat bulan, DPP Wong menekankan kelaziman berlaku kes penipuan di Singapura.



Beliau berkata pada separuh pertama 2021, 19,444 kes berkaitan penipuan telah dilaporkan, dengan penipuan e-dagang merupakan yang kedua jenis penipuan yang paling biasa berlaku dan mengakibatkan sekurang-kurangnya $2.4 juta hilang.



Mahkamah dimaklumkan bahawa pada awal Ogos tahun lalu, Hafizzudin menerima mesej teks daripada seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "Wilson".



Wilson berjanji memberi $500 untuk membuka akaun bank dan menyerahkan kad ATM, nombor pengenalan peribadi (PIN) dan bukti kelayakan log masuk perbankan Internet.



Selepas bertemu "Wilson" pada 7 Ogos 2021, Hafizzudin bersetuju dan pergi ke cawangan OCBC Tampines, di 1 Tampines Central 5, untuk membuka akaun OCBC.



Selepas akaun dibuka, Hafizzudin meletakkan kad ATM, PIN dan sekeping kertas dengan bukti kelayakan log masuk perbankan Internet akaun itu dalam sebuah kabinet di kolong rumahnya di Yishun.



Dia tahu "Wilson" akan mengatur barang-barang untuk diambil.



Hafizzudin juga memberikan "Wilson" kata laluan sekali guna untuk akaun itu.



Dia tidak menerima $500 yang dijanjikan.



Dari 8 hingga 11 Ogos tahun lalu, akaun itu digunakan oleh orang tidak dikenali untuk menerima dan memindahkan dana.



Penipuan itu melibatkan mendapatkan mangsa supaya membuat pembelian palsu di laman web e-dagang, yang tidak akan menghantar barang kepada mereka tetapi akan mengembalikan wang mereka dengan komisen 10 peratus.



Mangsa mendapat wang mereka pada mulanya dan kemudian diarah membuat pemindahan yang lebih besar, tetapi mereka tidak mendapat wang mereka lagi.



Sejumlah $35,585 daripada lapan orang telah dipindahkan ke dalam akaun dan tidak dikembalikan. Mereka membuat laporan polis pada 11 dan 12 Ogos.



Hafizzudin tidak terlibat dalam pemindahan dana ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >