Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DI BALIK GERAI

Buka gerai kerana jatuh cinta dengan makanan Taiwan

Oct 01, 2018 | 05:30 AM



SATU lawatan ke Taiwan ternyata menjadi pembakar semangat kepada Encik Rohaizzatd Hamzah untuk membuka gerai makannya sendiri selepas mencuba sajian halal yang dijual di negara itu.



Jejaka bujang berusia 34 tahun itu kini merupakan pemilik gerai Beef Up yang menjual 'sajian jalanan', atau street food, halal Taiwan di estet perindustrian Toa Payoh North, 978 Toa Payoh North, #02-01 - bersebelahan Masjid Muhajirin - sejak 25 Ogos lalu.



Resipi bagi sajiannya dikongsi oleh ibu seorang rakan yang merupakan penduduk asal Taiwan.



Anak bongsu dua beradik itu, yang juga usahawan bidang acara dan hiburan, selain memiliki sebuah syarikat konsultan kegiatan luar, berkata idea membuka gerai makan telah wujud sejak beberapa tahun lalu.



"Memang sudah lama saya terfikir mahu mulakan sebuah gerai makan, cuma jenis makanannya belum dapat dipastikan.



"Kebetulan tahun lalu saya telah ke Taiwan atas urusan kerja.



"Dan kebetulan saya dibawa ke sebuah kawasan tempat banyak sajian halal dijual.



"Sekali rasa, saya mula 'jatuh cinta' dengan sajian-sajiannya.



"Dan sejak itu, saya dapat idea hasilkan sajian serupa sekembali ke tanah air," katanya.



Encik Rohaizzatd berkata ibu seorang rakan kongsi salah sebuah syarikatnya merupakan penjual makanan ala food truck di Taiwan.



Beliau bernasib baik kerana ibu rakannya itu bersetuju berkongsi resepi untuk gerainya.



Cuma beliau perlu mendapatkan sumber bahan halal untuk sajian yang dijualnya - apatah lagi sekitar 30 peratus bahan sedemikian diimport secara langsung dari Taiwan.



Terdapat juga bahan yang diedar di sini, justeru memudahkan usaha mencari sumber bahan masakannya.



Berbekalkan pelaburan sekitar $15,000, beliau berjaya membuka gerai tersebut yang kini dijaga ibunya, Cik Ru Abdul Samad, 61 tahun, dan beberapa kakitangannya yang lain.



Antara yang dijual ialah mi daging ($6.50/$8), set nasi daging kukus ($8), set nasi kepingan ayam ($7), set nasi salmon ($8.50), bit ayam ($3) dan keledek goreng ($2).



Apa yang menarik ialah kuah bagi beberapa jenis sajian yang dijual mengambil masa sehingga 16 jam disiapkan.



Ini bagi memastikan bahan yang digunakan benar-benar "meresap" ke dalam daging.



Malah jika dimasak kurang daripada tempoh tersebut, ternyata mutu dan rasanya amat berbeza - tidak memenuhi rasa yang sepatutnya, katanya.



"Kalau masa tengah hari, ramai pelanggan merupakan mereka yang bekerja berdekatan seperti dalam estet perindustrian ini.



"Tapi selepas waktu kerja dan hujung minggu, ramai juga mereka yang datang secara berkeluarga dan bersama sahabat-handai," katanya.



Gerai tersebut dibuka setiap Isnin hingga Sabtu antara 10.30 pagi dengan 9 malam. Ia ditutup setiap Ahad.



Dalam jangka masa panjang, Encik Rohaizzatd yang bercadang mendirikan rumah tangga sekitar tahun depan, berharap dapat membuka sebuah lagi gerai makan dengan sajian berbeza pula.



"Ia mungkin tidak sama dengan apa yang saya sediakan kini.



"Tapi belum dapat dipastikan apakah jenis hidangan yang bakal disediakan kelak," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >