Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Buka 'gerai' sedia air, hidangan bagi penghantar makanan buka puasa

Usaha ibu bagi sebar kebaikan dan pupuk nilai murni dalam diri anak
Apr 08, 2022 | 05:30 AM



Ramai warga Singapura menunjukkan sifat keihsanan terutamanya dalam bulan Ramadan. Antara mereka ialah dua keluarga yang mempamerkan sifat kepedulian mereka terhadap yang lain, dengan menyediakan kurma dan minuman kepada penghantar makanan buka puasa.




MENGAMALKAN kebaikan. Ini sesuatu yang sering ditekankan Cik Erma Othman, 33 tahun, pada anak-anaknya.



Demi menyebarkan kebaikan dan keceriaan sepanjang Ramadan ini, Cik Erma dan anak sulungnya, Erfan M. Ridzwan, enam tahun, membuka sebuah 'gerai' kecil di luar rumah mereka bagi menghidangkan minuman kotak serta makanan ringan untuk penghantar makanan berbuka puasa ketika bekerja.



Menerusi inisiatif itu, Cik Erma, seorang guru prasekolah dan ibu tiga anak, berharap dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anaknya sedang mereka membesar.



Menurut Cik Erma, beliau dan Erfan sering menonton video TikTok bersama dan mereka mendapat inspirasi membuka gerai itu daripada sebuah video tersebut.



"Apabila ternampak sebuah video di TikTok mengenai seorang wanita menyediakan makanan ringan dan air untuk penghantar makanan, kami berasa gembira wanita itu dapat melakukan sesuatu untuk penghantar makanan.



"Memandangkan ia sesuatu yang mudah dilakukan, kami pun tergerak untuk melakukan yang sama," ujar beliau.



"Lagi-lagi semasa bulan Ramadan ini, inilah peluang bagi kita merebut pahala juga," tambahnya.



Apabila beliau memuat naik video tentang proses penyediaan gerainya itu di wadah TikTok awal minggu ini, ia mendapat hampir 3,000 tontonan serta 300 like.



Cik Erma, yang juga seorang pencipta kandungan di wadah TikTok, berkata video itu bukan sahaja bagi mengajar anak-anaknya tentang semangat memberi semasa Ramadan, bahkan menyebar nilai positif di wadah media sosial.



"Secara peribadi, saya seorang yang sangat sentimental. Kadang-kadang perkara yang saya muat naik di media sosial atau Instagram saya adalah satu cara untuk saya mengingatkan diri saya dan orang ramai supaya terus mengamalkan kebaikan terhadap sesiapa sahaja," ujarnya.



Memandangkan beliau memesan penghantaran makanan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, Cik Erma berasa adalah wajar beliau melakukan inisiatif itu.



Meskipun inisiatif itu baru dimulakan beberapa hari lalu, Cik Erma berkata Erfan sebelum ini selalu memerhatikan usaha pekerja barisan hadapan dan sumbangan mereka kepada masyarakat.



"Apabila dia berjalan di bawah blok dan melihat pekerja pembersihan atau pekerja pembinaan, dia sering melambai dan bertanya khabar mereka," katanya.



Baru-baru ini, Erfan ternampak beberapa pekerja migran bekerja di bawah matahari yang panas terik untuk memangkas pokok, lalu memberi idea kepada ibunya untuk mengagihkan air tin dan makanan ringan kepada mereka.



"Bekerja di barisan hadapan bukan sesuatu yang mudah, jadi dengan melakukan sesuatu yang kecil seperti ini saya harap kita dapat menaikkan semangat mereka," ujar Cik Erma.



Menerapkan nilai seperti empati dan melakukan kebaikan dalam rutin harian bukan membentuk tabiat baik sempena bulan mulia sahaja, bahkan bagi untuk masa hadapan, kata Cik Erma.



"Kerja kita sebagai ibu bapa ialah membentuk anak-anak kita untuk menjadi anak baik.



"Mungkin ia tidak dilakukan setiap hari, tetapi apabila nilai-nilai baik ini diperkenalkan pada mereka semasa usia muda, mereka lebih mu-dah memahami apabila besar," katanya.




Bekerja di barisan hadapan bukan sesuatu yang mudah, jadi saya harap dengan melakukan sesuatu yang kecil seperti ini kita dapat menaikkan semangat mereka.
- Cik Erma Othman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >