Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Buka minda budayakan belajar sepanjang hayat

Tetamu undangan podcast #notapis bincang usaha 'Raikan Ilmu' demi kekal relevan
Nov 30, 2021 | 05:30 AM



MENCARI ilmu pengetahuan kini semakin mudah dengan pelbagai teknologi canggih yang boleh dimanfaatkan.



Yang menjadi cabaran ialah memupuk cinta terhadap ilmu dan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam masyarakat.



Ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak - termasuk badan Melayu/Islam, ibu bapa dan setiap anggota masyarakat - untuk sama-sama membuka minda bagi menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran tanpa mengira usia, kata Penolong Pengarah Pembelajaran dan Pemerkasaan Masyarakat Yayasan Mendaki, Cik Azlinah Arif.



Cik Azlinah, yang juga ketua jawatankuasa kempen 'Bulan Raikan Ilmu' anjuran Mendaki tahun ini, berkata minda terbuka ini penting dalam menggalak masyarakat merebut peluang yang tersedia demi memperkukuh daya ketahanan dan kekal relevan, terutama dalam dunia pascapandemik.



"Memang pelbagai cabaran muncul dalam tempoh Covid-19 ini, namun kita perlu cari peluang di sebalik setiap cabaran yang kita hadapi.



"Mungkin ada kehilangan pekerjaan, tapi kita dapat gunakan masa yang ada untuk mempelajari kemahiran baru, menggunakan skim-skim yang ada dan dalam setahun dua boleh melakar langkah selanjutnya untuk menceburi pekerjaan dalam sektor-sektor sedang membangun," ujar Cik Azlinah, tetamu undangan dalam podcast #NoTapis Berita Harian baru-baru ini.



Podcast yang dihoskan koresponden BH Shahida Sarhid itu juga menampilkan dua lagi tetamu undangan: Cik Nurul Asyikeen Azhar, seorang saintis data yang bekerja bersama syarikat perlombongan Rio Tinto, dan Cik Nasyitah Yassin, pengasas syarikat yang menyediakan sumber pembelajaran, Ya Bunayaa.



Menyingkap semula kempen 'Bulan Raikan Ilmu' tahun ini, Cik Azlinah berkata beliau berharap ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya sikap terbuka untuk mempertingkat diri dalam membina daya tahan masyarakat.



Ini sejajar dengan tema kempen tahun ini, iaitu 'Merebut Peluang', membina daripada tema tahun lalu, 'Cintakan Ilmu, Perkukuhkan Daya Tahan'.



Ia juga diharapkan dapat mendedahkan ibu bapa kepada pendekatan-pendakatan baru dalam menarik minat anak-anak mereka, yang kecil mahupun remaja, untuk terus mengejar ilmu pengetahuan.



"Lebih awal kita ketengahkan pengalaman pembelajaran dan memupuk minat belajar dalam anak-anak kita, lebih baik peluang kita membina dan memperkukuh asas supaya mereka lebih bersedia menghadapi masa depan.



"Ibu bapa perlu luangkan masa bersama anak-anak untuk lebih mengenali mereka dan juga cara terbaik menarik minat mereka terhadap subjek atau kemahiran tertentu," ujarnya.



Sementara itu, Cik Nasyitah menekankan pentingnya sumber pembelajaran tertentu yang dapat memenuhi keperluan berbeza ibu bapa dan anak mereka.



"Ada kalanya ibu bapa bersemangat menimba ilmu dan mengajar anak-anak mereka, tapi masalahnya ialah mereka tidak tahu cara mendapatkan sumber-sumber ini.



"Jadi, kita perlu terus memastikan sumber-sumber ini boleh diperolehi dengan mudah supaya ibu bapa dapat memanfaatkannya dan membuka lebih banyak peluang bagi anak-anak mereka," kata beliau.



Dengar episod podcast penuh di laman web BH beritaharian.sg atau di Spotify bit.ly/NoTapiss.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >