Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI BAPA

Bukan juadah jadi tarikan, masa bersama keluarga jadi sandaran

Jun 18, 2018 | 05:30 AM



KETUPAT dan rendang merupakan juadah penting setiap kali menjelang Syawal.



Tidak 'sempurna' kiranya berhari Raya tanpa juadah tersebut, serta pelbagai santapan wajib dengan ketibaan Aidilfitri.



Namun, lebih penting daripada hidangan Lebaran ialah ikatan silaturahim yang terjalin sesama kita.



Demikian pandangan yang dikongsi Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu pos di Facebooknya semalam.



Dalam pos tersebut, Dr Faishal turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua sahabat-handai Muslim serta Selamat Hari Bapa kepada semua bapa dan datuk sempena Hari Bapa semalam.



"Apabila ditanya apa perkara yang paling seronok tentang menyambut Hari Raya, tak dapat dinafikan ramai yang akan katakan makanan enak.



"Tapi secara peribadi, apa yang lebih penting daripada semangkuk ketupat dan rendang ialah peluang meluangkan masa bersama keluarga dan teman, serta berkongsi perbualan sambil menikmati makanan lazat," tulis Dr Faishal.



Malah, beliau turut menasihatkan agar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga meskipun kita sibuk bekerja, dan bukan pada perayaan tahunan sahaja.



"Keluarga kita adalah rangkaian sokongan yang paling berharga dan penting yang kita miliki," tambah beliau.



Turut mengucapkan Selamat Hari Bapa ialah Perdana Menteri Lee Hsien Loong, dalam satu pos Facebook beliau semalam.



"Menjadi seorang bapa merupakan antara detik penting dalam kehidupan seseorang lelaki.



"Tanggungjawab membentuk dan membimbing anak anda sedang mereka membesar mungkin tampak menakutkan, tapi ganjarannya hebat!



"Saya gembira melihat golongan bapa hari ini lebih terlibat dalam membesarkan anak-anak mereka," tulis Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >