Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Bukan masa ambil pinjaman besar: Masagos

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



SEKARANG bukan masanya untuk mengambil pinjaman hutang yang tinggi, terutama sekali bagi perkara yang bukan menjadi keperluan.



Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang menggesa masyarakat untuk terus berbelanja mengikut kemampuan mereka, lebih-lebih lagi dengan kadar inflasi yang dijangka terus meningkat.



"Usahlah beri komitmen kepada aset yang di luar kemampuan kita, termasuk membeli kereta atau rumah yang tidak diperlukan sekarang.



"Kalau kita berbuat demikian, ambillah saiz yang sesuai dengan kemampuan kita, dan kita boleh 'upgrade' kemudian," ujar Encik Masagos apabila ditanya mengenai cabaran inflasi dan kos sara hidup yang meningkat.



Katanya lagi, faktor seperti peperangan Ukraine, gangguan logistik, dan harga makanan yang meningkat ialah faktor yang berada di luar kawalan.



Namun, masyarakat Singapura boleh menyokong satu sama lain untuk mengharungi masa yang sukar.



Pemerintah juga telah memperkenalkan beberapa langkah sokongan untuk mengurangkan beban kepada rakyat.



Di samping itu, Encik Masagos menarik perhatian kepada kadar faedah yang meningkat dan membawa kepada kos pinjaman yang lebih tinggi di Singapura.



"Oleh itu ini bukan masanya untuk mengambil pinjaman yang tinggi atau liabiliti yang tinggi, khususnya kad kredit," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >