Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN INSTITUT PENGAJIAN DASAR (IPS)

Bukan Muslim muda lebih kemungkinan beri sokongan kepada Muslim selepas serangan pengganas

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



WARGA Singapura bukan Muslim berusia antara 21 dengan 34 tahun lebih berkemungkinan memberi sokongan kepada Muslim menyusuli serangan pengganas di sini, lapor Institut Pengajian Dasar (IPS).



IPS berkata golongan ini wajar diberi peranan dalam usaha mendekati golongan bukan Muslim yang lebih terdedah kepada pengaruh luar yang cuba mengganggu keharmonian sosial di sini.



"Mereka (warga Singapura bukan Muslim lebih muda) boleh menjadi antara kumpulan utama untuk membantu usaha mendekati golongan warga bukan Muslim yang lebih tua dan mempunyai status sosio-ekonomi lebih rendah," kata IPS.



Dalam tinjauan yang melibatkan 2,031 peserta - yang dipilih mengikut peratusan etnik di Singapura - IPS mendapati golongan bukan Muslim lebih tua yang berpendapatan rendah dan kurang berpendidikan bersikap kurang percaya terhadap semua kaum, malah, sebelum sebarang serangan pengganas berlaku.



IPS mencadangkan supaya usaha mendekati golongan ini dipergiat di peringkat akar umbi untuk membina 'persefahaman dan menjalin hubungan antara jiran berbilang kaum, agama dan latar belakang'.



"Mengikut perangkaan, golongan ini yang paling berkemungkinan menunjukkan sifat fobia terhadap Islam menyusuli serangan pengganas Muslim di luar negara," kata IPS.



IPS juga berkata kumpulan yang tinggal di flat satu-dua bilik HDB menunjukkan sikap yang berbeza daripada kumpulan yang menetap di flat tiga hingga lima bilik HDB, apartmen eksekutif dan rumah privet.



"Ini menunjukkan rasa terpinggir yang dialami mereka yang berada di hujung kedudukan sosio-ekonomi, yang menambah prasangka dan rasa berat sebelah yang dialami mereka," kata IPS menerusi tinjauan itu.



Menurut IPS, kumpulan minoriti yang berasa terpinggir ini mungkin tidak terdedah sepenuhnya kepada program yang menyokong kehidupan berbilang budaya dan interaksi antara kaum, sesuatu yang membuat mereka hidup menyendiri dengan kaum mereka sendiri.



"Justeru, program-program yang menggalakkan interaksi antara kaum boleh dibentuk bagi golongan minoriti ini. Tambahan pula, tinjauan kami menunjukkan ramai peserta lebih muda menunjukkan sikap kurang fobia terhadap Islam, kurang prasangka terhadap Muslim.



"Aspek-aspek pendidikan nasional yang merangkumi pembelajaran nilai-nilai kehidupan berbilang budaya dan yang memperuntukkan ruang mandatori bagi menggalak interaksi antara kaum boleh diterapkan dalam program yang dibentuk bagi kumpulan lebih tua dan yang berpendapatan rendah dalam masyarakat," kata IPS.



Tinjauan IPS ini dilakukan pada 2017 untuk meninjau reaksi warga Singapura menyusuli serangan pengganas asing di sini yang berbuat demikian dengan menggunakan identiti sebagai Kristian, Muslim, beragama Buddha atau Hindu.



Menurut IPS, tinjauan ini juga bertujuan mendapatkan pendapat warga Singapura tentang tempoh masa yang diperlukan untuk memulih keadaan dan memelihara keharmonian kaum di sini menyusuli serangan pengganas.



Ia mendapati bahawa peserta Muslim berasa warga Singapura memerlukan, secara purata, masa yang paling lama untuk bersatu semula, iaitu 3.62 tahun, menyusuli serangan pengganas di sini, berbanding peserta beragama Buddha (3.51 tahun), peserta beragama Kristian (2.88 tahun) dan peserta beragama Hindu (3.13 tahun).



Ia mencadangkan supaya perkara ini dikaji lebih mendalam untuk lebih memahami mengapa peserta Muslim berfikiran demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >