Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bukan tak bayar tambang saja, malah tumbuk dan maki hamun pemandu teksi

Jun 21, 2016 | 10:08 AM



SEORANG penumpang mabuk menarik leher seorang pemandu teksi dan menumbuk mukanya selepas beliau menghalangnya beredar tanpa membayar tambangnya pada awal pagi 4 Feb, mahkamah diberitahu pada Isnin (20 Jun).



Apabila pemandu teksi itu cuba melarikan diri selepas diserang, Anand Pakiasillan, 27 tahun, melempar tong sampah ke arahnya, membuat bonet teksinya kemek, dan menumbuk muka pemandu itu beberapa kali lagi.



Anand, yang pekerjaannya tidak diketahui, dihukum penjara empat minggu dan denda $2,000 selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan: menyebabkan kecederaan, dan memaki hamun seorang pegawai polis.



Mahkamah diberitahu bahawa Anand bertemu dua rakannya pada malam 3 Feb dan minum arak di beberapa tempat, sebelum berakhir di sebuah kelab di Hotel Rendezvous.



Anand mabuk dan dibantu masuk ke dalam teksi Comfort Encik Lim Shunguo pada kira-kira 3.30 pada hari berikutnya.



Apabila teksi itu berada di Choa Chu Kang, Anand memberitahu Encik Lim, 33 tahun, arah ke rumahnya. Selepas Encik Lim berkata beliau tahu arahnya, Anand memaki hamun beliau.



Apabila teksi itu sampai di destinasi pada kira-kira 3.55 pagi, Anand beredar tanpa membayar.



Encik Lim keluar dan meminta Anand tambangnya, tetapi dia memaki hamun lahi beliau sebelum menarik leher beliau.



Mereka bergelut dan jatuh. Setelah mereka bangun, Anand menumbuk muka pemandu teksi itu tiga kali.



Encik Lim cuba melarikan diri di sekitar teksinya tetapi Anand melemparkan tong sampah ke arahnya dan memukul bonet teksi itu dengan tangan beliau beberapa kali.



Anand menumbuk muka Encik Lim tiga kali lagi dan memukulnya sekali dada beliau. Kemudian, Anand memaki hamun seorang pegawai polis.



Dia telah membayar pampasan $130 kepada Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >