JIKA anda salah seorang daripada pemandu yang meninjau keadaan lalu lintas di Koswe melalui aplikasi telefon bimbit anda semalam dan mendapati ia lengang, maklumat yang anda perolehi itu tidak salah.
Memang benar, jika lazimnya pada Sabtu deretan kereta boleh dilihat macam semut yang ingin melintasi Tambak Johor, (ya, saya pernah terperangkap selama empat jam pada suatu hari Sabtu), semalam keadaan Koswe agak lengang, lebih-lebih lagi yang menghala masuk ke Johor Bahru.