Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bukti wanita mampu 'sama gagah' dengan kaum Adam

Mar 07, 2019 | 05:30 AM



MENCABAR stereotaip sambil membuktikan bahawa wanita sama gagah dan mampu cemerlang dalam bidang yang lazimnya diceburi golongan Adam.



Itulah yang dilakukan Cik Nurul Suhaila Mohd Saiful dalam bidang sukan, Cik Nurul Jihadah Hussain dalam bidang teknologi dan Cik Nur Khairiana Mohamad Malek dalam bidang pemuliharaan alam sekitar.



Srikandi silat, Cik Nurul Suhaila, 24 tahun, mengharumkan nama negara setelah merangkul kejuaraan dunia di Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-18 tahun lalu.



Kemenangan itu dikecapi selepas mengalami kegagalan, bukan sekali-dua, tetapi tiga kali sebelum ini.



"Dalam Kejohanan Dunia sebelum ini saya mendapat pingat perak. Ia adalah kekalahan paling sukar kerana saya begitu hampir dengan impian saya.



"Pengalaman tersebut mengajar saya untuk bangkit dan melihat kegagalan sebagai satu dorongan untuk mencapai kejayaan," ujarnya.



Cik Suhaila menceritakan beliau dan kakaknya, Nurul Shafiqah, didedahkan kepada silat sejak kecil lagi, semasa melihat abang mereka, Muhammad Nur Shafiq, berlatih di kelab masyarakat setiap minggu.



Pada usia enam tahun, beliau mula terlibat secara aktif dan minat itu menjadi lebih mendalam setelah dipilih menyertai pasukan Singa silat nasional pada usia 10 tahun.



Dalam dunia sukan yang dikuasai lelaki, pastinya terdapat stereotaip terhadap atlit wanita, akur Cik Suhaila. Namun, beliau percaya wanita tidak harus berasa 'kecil' dengan stereotaip sedemikian.



"Jika anda minat dengan sukan, teruskan. Anda hanya perlu buktikan pada diri sendiri bahawa anda berkebolehan. Sentiasa percaya pada diri sendiri," kata beliau.



Dalam dunia serba canggih hari ini, Cik Nurul Jihadah Hussain pula mahu memperkasa golongan wanita terutama wanita kaum minoriti dengan ilmu teknologi.



Lantaran itu, beliau mengasaskan The Codette Project pada Disember 2015 bagi memperluas kesedaran dan juga akses kepada teknologi bagi wanita.



Kumpulan itu mengadakan pelbagai acara serta bengkel teknologi dan digital, seperti peraduan 'hackathon' khusus untuk wanita tahun lalu, kelas pengekodan, media sosial dan desain pengalaman pengguna (UX).



"Saya percaya dalam perwakilan wanita (dalam bidang teknologi) dan saya percaya wanita minoriti harus diberikan peluang yang sama. Itulah cogan kata kami di The Codette Project dan teknologi adalah cara bagi kami membantu wanita mengecapi kejayaan," kata beliau, yang memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Sarjana Kesusasteraan dari Universiti Edinburgh.



Cik Jihadah, 32 tahun, menyangkal tanggapan bahawa wanita tidak berminat dengan teknologi.



Sebaliknya, beliau menekankan masyarakat perlu peka dengan faktor yang menghambat wanita daripada menyertai kerjaya dalam bidang tersebut, dan membantu membuka lebih banyak peluang bagi wanita mengakses teknologi.



"Kita perlu mewujudkan budaya di mana wanita juga boleh mainkan peranan besar dalam teknologi," kata beliau.



Tidak seperti ramai orang yang bertemu minat pada usia muda, Cik Nur Khairiana Mohamad Malek pula hanya mula terpanggil memperjuangkan mesej mesra alam selepas bekerja sebagai pengurus taman.



Pada 2013, wanita berusia 31 tahun itu, memulakan kumpulan tidak meraih keuntungan yang menyebar mesej sekitaran, FiTree.



Kempen pertama mereka adalah untuk menggalak masjid menggunakan pinggan mangkuk cornware yang diperbuat daripada jagung dan boleh reput melalui proses biodegradasi.



Usaha mereka berkembang kepada pelbagai inisiatif lain termasuk kempen menggalak jemaah menjimatkan air semasa berwuduk dan meningkatkan kesedaran awam tentang pembaziran makanan.



Cik Khairiana berkata masyarakat Singapura secara amnya kian sedar tentang isu mesra alam, namun lebih banyak perbincangan mengenai bagaimana perniagaan dan pertubuhan boleh memudahkan amalan gaya hidup mesra alam harus dilakukan.



"Masyarakat semakin sedar. Contohnya, KFC tidak lagi gunakan straw tetapi masyarakat vokal dan menyoal sama ada usaha mereka itu jujur atau ia satu langkah menjimatkan kos.



"Saya rasa dalam beberapa tahun mendatang, perlu ada lebih banyak perbincangan antara sektor, perniagaan dan pertubuhan tentang usaha ini dan bagaimana mereka boleh bantu orang ramai mendakap gaya hidup lebih mesra alam ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >