Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: MELINDUNGI KEHARMONIAN KAUM DAN AGAMA SINGAPURA

Buku cetus kontroversi boleh dinilai semula jika ada semakan

IMDA belum terima sebarang pengesahan penulis atau pengedar untuk tangani kandungan yang menghina dalam buku itu
Jan 14, 2022 | 05:30 AM



PENULIS buku, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, boleh menghubungi Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk menilai semula secara menyeluruh kesesuaian versi buku itu yang telah disemak bagi pengedaran di Singapura.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata demikian semasa menjawab pertanyaan tentang buku yang ditolak IMDA di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA) itu di Parlimen kelmarin.



Buku tulisan Dr Cherian George dan Encik Sonny Liew itu dilarang diedarkan di sini November lalu, sekitar dua bulan selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat.



Hingga kini, pengedar Singapura buku itu, Alkem Company, serta penulisnya belum mengesahkan rancangan khusus mereka berhubung kandungan bersifat menghina itu.



Menyusuli penerangan yang diberi Cik Teo di Parlimen, Dr George telah tampil mengulas berhubungnya.



Beliau antara lain berkata beliau dan Encik Liew ingin membuat beberapa suntingan kepada buku itu sebagai menghormati norma setempat namun sebaliknya, pemerintah telah melarang buku itu.



Menerusi satu kenyataan kepada media kelmarin, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Dawn Tay, menarik perhatian bahawa buku tersebut dilancarkan di Amerika pada 31 Ogos lalu, sekitar dua bulan sebelum IMDA mengeluarkan keputusan pada 1 November lalu untuk tidak membenarkan penerbitan itu diedarkan di Singapura.



"Malah kini, lebih dua bulan kemudian, IMDA belum menerima sebarang pengesahan mengenai rancangan khusus untuk menangani kandungan yang menghina dalam buku itu daripada penulis atau pengedarnya.



"Seperti yang dikatakan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Parlimen... jika dan apabila mereka melakukan demikian, mereka boleh menghubungi IMDA untuk menilai kesesuaian versi, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, yang telah disemak bagi pengedaran di Singapura," ujar Cik Tay.



IMDA menolak buku mengenai kartun politik itu kerana ia mengandungi imej menghina beberapa agama serta tokoh agama termasuk beberapa lukisan kartun Nabi Muhammad saw.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menyemak buku tersebut dan mendapati ia mengandungi bahan yang boleh mencetuskan diskriminasi terhadap golongan Muslim, menghina Al Quran dan Nabi Muhammad saw serta merendahkan agama Islam, serta menyinggung perasaan ramai orang Islam.



Cik Teo juga menekankan bahawa buku itu jelas tidak dibenarkan diedarkan di sini disebabkan kandungannya yang menghina agama, bukan disebabkan kartun unsur politik dalam buku tersebut.



Beliau berkata enam penerbitan lain selain, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, turut dipertikai IMDA sepanjang lima tahun lalu kerana merendahkan pelbagai masyarakat agama.



Kesemuanya tidak mempunyai unsur politik namun mengandungi kandungan yang menghina agama lain atau menyokong ajaran agama yang polemik, yang boleh menyebabkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat berlainan agama di Singapura.



Cik Teo berkata buku, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, dilarang di sini atas sebab yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >