Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku dikaitkan dengan radikalisasi belia 20 tahun diharamkan MCI; Muis gesa masyarakat berwaspada

Jun 24, 2021 | 03:30 PM



SEBUAH buku yang menjadi rujukan bekas Anggota Perkhidmatan Negara (NSF) sepenuh masa yang jadi radikal sendiri telah diharamkan di Singapura kerana menggalak jihad bersenjata dan permusuhan dalam kalangan masyarakat berbilang agama, jelas Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) pada Khamis (24 Jun).



Buku 'Menyingkap Rahsia Tentera Elit Briged Izzuddin Al-Qassam: Generasi Muda Perindu Syahid', mula dikesan pemerintah sewaktu siasatan ke atas Amirull Ali dijalankan. 



Belia 20 tahun yang merupakan NSF di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ketika diberkas pada Februari tahun ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac.



Amirull dikatakan merancang menjalankan serangan maut ke atas masyarakat Yahudi di Rumah Ibadat Maghain Aboth di Waterloo Street dengan siasatan menemui buku ini sebagai salah satu faktor yang membawa pada proses radikalisasinya, tambah MCI.



Buku ini dibeli di luar negara pada 2015.



MCI menambah, buku tulisan Abdul Aziz Abu Bakar dan Adnan M. El Halabi, serta terbitan Hijjaz Records Publishing, menggalakkan jihad bersenjata dan mengandungi pandangan ekstremis yang menggalak permusuhan dalam kalangan masyarakat berbilang agama.



"Pengajaran dan ideologi sebegini menjejas keharmonian kaum dan agama serta perhubungan sesama penduduk Singapura. Pemerintah Singapura tidak akan bertolak ansur bagi individu atau penerbitan yang bertujuan mengapi-apikan permusuhan atau pengganasan dalam kalangan kumpulan agama berbeza lantas mengambil keputusan mengharamkan penerbitan ini," tambah MCI.



Buku ini diwartakan sebagai penerbitan terlarang di bawah Akta Penerbitan Yang Tidak Diingini (UPA), menjadikannya satu kesalahan untuk mengimport, menerbitkan, menjual atau menawarkannya untuk dijual, membekalkan atau menawarkannya untuk dibekalkan, mempamerkan, mengedarkan atau mencetak semula buku ini atau bahagian tertentu di dalamya.



Mereka yang sudah memiliki buku ini perlu menyerahkannya kepada polis atau berdepan dengan risiko menerima hukuman maksimum berupa denda dan dipenjara.



Pengharaman buku ini bermula pada Jumaat (25 Jun).



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dalam pada itu, telah menilai kandungan buku ini dan mendapatinya sebagai karya yang mengandungi idea yang mencetus masalah dengan menggalak jihad bersenjata yang menurutnya akan memberi jaminan ganjaran melimpah-ruah daripada Tuhan buat sesiapa yang melakukannya.



Dalam kenyataan berasingan pada Khamis, Muis mendapati penerbitan ini merupakan faktor yang menyumbang pada proses radikalisasi Amirull Ali.



"Muis ingin menggesa masyarakat agar berhati-hati terhadap penerbitan sebegini dan pandangan serta pemikiran di sebaliknya. Menguar-uarkan pandangan agama dan ideologi ekstremis yang menggalak pengganasan, permusuhan dan ketidakpercayaan bukanlah nilai Islam atau masyarakat Islam Singapura," jelas kenyataan itu lagi. 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >