Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku dwibahasa kanak-kanak guna teknologi AR dilancar

Dec 25, 2021 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kalinya, sebuah buku bergambar kanak-kanak dwibahasa Melayu dan Inggeris yang disertakan dengan realiti terimbuh (AR) telah dilancarkan semalam.



Bertajuk Pengembaraan Tim, projek buku itu mengisahkan tentang kembara watak seekor penyu sisik - satu daripada dua spesies penyu yang bertelur di Singapura - dalam pelbagai wadah dan format.



Demi menjadikan pengalaman membaca buku itu lebih menarik dan interaktif bagi kanak-kanak dan ibu bapa mereka, pembaca boleh memuat turun aplikasi Artivive pada telefon bimbit dan kemudian menggunakannya untuk mengimbas beberapa halaman buku itu agar watak beberapa haiwan laut 'terkeluar'.



Selain itu, projek buku itu merangkumi animasi selama 12 minit dengan tambahan latar, grafik gerakan, muzik, kesan bunyi, penceritaan dan suara watak, yang membolehkan kanak-kanak belajar bahasa dalam cara kreatif dan seronok.



Buku terbitan Ungu Pen itu, yang disokong Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB), dihasilkan dua beradik - Encik Rhaimie Wahap sebagai penulisnya dan Encik Rizal Wahap yang melakukan ilustrasi, animasi dan juga AR yang disertakan.



Acara pelancaran buku itu telah diadakan di Pusat Seni Visual di Dhoby Ghaut Green semalam, dan turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Encik Lee telah menulis pendahuluan dalam buku itu, dan tampil dalam animasi tersebut dengan mesej khas mengenai pemuliharaan dan biodiversiti.



Encik Rhaimie berkata beliau mendapat inspirasi untuk menulis buku itu setelah menyedari bahawa tidak terdapat banyak buku bergambar buat kanak-kanak di sini yang menceritakan tentang biodiversiti kaya Singapura dan usaha pemuliharaan.



"Anak-anak muda kita mungkin fikir Singapura hanya sebuah hutan konkrit. Hakikatnya, Singapura kaya dengan biodiversiti dengan pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan yang menggelar pulau ini rumah mereka," kata beliau.



Encik Rhaimie menambah bahawa ramai juga tidak tahu bahawa Singapura tempat bagi penetasan telur penyu laut.



"Tempat penetasan secara strategik terletak di Small Sisters' Island, sebuah pulau kecil di selatan Singapura dan sebahagian daripada Taman Marin Sisters' Islands - sebuah kawasan dilindungi bagi pemuliharaan dan penyelidikan yang dikendalikan Lembaga Taman Negara (NParks).



"Saya rasa sudah tiba masanya kami menunjukkannya kepada anak-anak muda kita menerusi cara yang seronok dan interaktif," kata beliau.



Di samping itu, Encik Rhaimie telah menggubah lagu tema buku itu berjudul 'Nama Saya Tim', yang boleh dinyanyikan sebelum dan sesudah kanak-kanak membaca.



Buku itu juga disokong maklumat dan bahan tambahan bagi pendidik dan ibu bapa, dengan sebuah buku kegiatan kanak-kanak dalam bentuk PDF boleh dimuat turun daripada laman ungupen.com.



Buku itu boleh didapati di kesemua perpustakan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) dan beberapa prasekolah terpilih.



Animasinya pula boleh ditonton di beberapa laman, seperti laman Ungu Pen dan saluran media sosial LKYFB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >