Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku kanak-kanak Sidek Saniff dilancar

Sep 10, 2018 | 05:30 AM



BUKU dwibahasa kanak-kanak yang menyoroti pengalaman mantan Menteri Negara Kanan (Pendidikan) Sidek Saniff membesar di kampung dilancar Presiden Halimah Yacob semalam.



Berjudul Anak Kampung Bernama Sidek, buku setebal 36 halaman itu memaparkan ragam kehidupannya di Kampung Radin Mas menerusi lukisan Encik Mohd Samad Afandie, mantan wartawan infografik Berita Harian.



Turut hadir di acara semalam ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan keluarga) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Buku yang ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu terbitan Opus Editorial, dengan sokongan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.



Bercakap di pelancaran buku itu di Wisma Geylang Serai (WGS), Encik Sidek, 80 tahun, berkata beliau menerbitkannya kerana ingin mengongsi kisahnya kepada cucu.



Beliau teruja kerana buku itu turut mendapat sambutan pembaca dewasa.



"Saya tunjukkan buku itu kepada dua, tiga rakan saya dan mereka tertarik dengan gaya penyampaiannya. Mereka berkata walaupun buku ini ditujukan kepada kanak-kanak yang tidak tahu tentang pengalaman duduk di kampung, orang dewasa juga mendapat pengetahuan baru, lebih-lebih lagi bab permainan.



"Saya bersyukur kerana cerita semudah itu menjadi tarikan," katanya, di depan hampir 300 hadirin yang termasuk ahli keluarga.



Cik Siti Suraya Bohari, 47 tahun, yang menghadiri majlis tersebut dan membeli senaskhah, berkata karya itu padat maklumat dan kenangan.



Bahkan, buku itu wajar dikongsi dengan kanak-kanak zaman sekarang agar mereka dapat menghargai apa yang dimiliki.



"Apabila membacanya, saya teringat kembali ketika saya kecil dan hidup di kampung. Cerita sebegini memang bagus bagi kanak-kanak sekarang kerana mereka tidak dapat rasa perkara ini sekarang," ujar ibu dua anak berusia 15 dan 19 tahun itu.



Sebanyak 2,000 naskhah percuma akan diedarkan ke pusat prasekolah Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA), Perpustakaan Negara dan Yayasan Mendaki.



Orang ramai yang berminat mendapatkan buku itu boleh membelinya pada harga $18 di kedai buku utama bermula bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >