Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku kartun politik singgung Islam; jejas harmoni SG: Masagos

Muis sokong langkah klasifikasi IMDA larang buku diedar
Jan 13, 2022 | 05:30 AM



BUKU mengenai kartun politik yang dilarang diedarkan di sini mengandungi bahan yang boleh mencetuskan diskriminasi terhadap golongan Muslim, menghina Al-Quran dan Nabi Muhammad saw serta merendahkan agama Islam, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Malah, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) turut menyokong klasifikasi Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bagi buku berjudul Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship itu, katanya.



Semasa berucap di Parlimen semalam, beliau berkata buku tersebut ditolak Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA) kerana mengandungi imej menghina beberapa agama serta tokoh agama termasuk beberapa lukisan kartun Nabi Muhammad saw.



Encik Masagos berkata Muis telah menyemak buku tersebut dan mendapati bahawa imej yang terkandung dalam buku itu menyinggung perasaan ramai orang Islam.



"Muis juga menyatakan bahawa kandungan sedemikian yang memberikan gambaran negatif terhadap Islam dan penganutnya, malah kepada sebarang agama lain, tidak boleh diterima, lebih- lebih lagi dalam sebuah masyarakat berbilang agama seperti Singapura," ujarnya sambil menambah bahawa beliau yakin masyarakat Islam juga menyokong langkah klasifikasi IMDA itu.



Meskipun penulisnya mungkin menyatakan buku itu tidak bermaksud menghina atau memperkecil sesiapa dan sebaliknya bertujuan mendidik, Encik Masagos berkata pemerintah menolak alasan itu.



"Penerbitan karikatur dan imej yang jelas menghina Nabi saw mahupun agama lain tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara, akademia dan sebagainya.



"Hubungan harmoni antara kaum dan agama yang kita nikmati selama ini adalah sangat rapuh dan kita perlu menjaganya bersama dengan begitu rapi dan berterusan," ujarnya.



Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) yang ingin tahu pertimbangan yang diambil dengan langkah IMDA memberi klasifikasi itu terhadap buku tersebut dan ertinya bagi masyarakat Muslim.



Dalam pada itu, Encik Masagos turut menggesa Muslim setempat supaya kekal dibimbing prinsip belas kasihan serta baik budi dan hati meskipun mereka sewajarnya rasa marah dengan tindakan yang menghina agama mereka dan Nabi Muhammad saw.



Masyarakat harus terus mematuhi undang-undang dan sekiranya terdapat penerbitan bahan yang boleh mengapi-apikan rasa benci antara kaum dan agama serta mendorong persengketaan atau sifat tidak toleran, Encik Masagos berkata pemerintah akan mengambil tindakan dan mengelaknya daripada berlaku.




DARI PARLIMEN
 • S'pura sedia hulur bantuan tambahan kepada mangsa banjir M'sia

 • Buku dilarang diedar sebab hina agama, bukan unsur politik




 • Kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA)

 • Kenyataan Menteri Perhubungan dan Penerangan Cik Josephine Teo di BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >