AGENSI Penjagaan Bersepadu (AIC) buat julung kalinya melancarkan buku masak mengandungi 50 resipi khusus bagi tukang masak yang bertanggungjawab menyediakan juadah warga senja dalam sektor penjagaan masyarakat.
Buku bertajuk Eat Well. Age Well. Live Well sempena SG50 itu mengandungi koleksi 50 resipi sumbangan 18 warga senja dan pertubuhan penjagaan masyarakat, 12 cef dan tiga restoran ternama termasuk Tambuah Mas Indonesian Restaurant dan Islamic Restaurant.