Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku mengenai mantan pemimpin politik S'pura menang anugerah

Dec 12, 2021 | 05:30 AM



DUA buku dengan singkapan kisah balik tabir dan pengalaman sebenar golongan yang memerintah Singapura meraih hadiah tertinggi dalam kategori buku Inggeris buat orang dewasa dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular semalam.



Hadiah pertama dalam kategori ini dimenangi buku Standing Tall: The Goh Chok Tong Years, oleh penulis dan mantan wartawan The Straits Times, Encik Peh Shing Huei dan Menteri Kanan Emeritus (ESM) Goh Chok Tong.



Buku mantan Timbalan Perdana Menteri, Profesor S. Jayakumar, Governing: A Singapore Perspective, yang diterbitkan ST Press pula meraih hadiah kedua.



Pemenang diumumkan dalam satu majlis penyampaian maya. Acara ini juga meraikan ulang tahun ke-10 penyampaian anugerah ini diadakan.



Profesor Jayakumar tidak dapat hadir tetapi mengucapkan terima kasihnya selepas itu.



"Adalah menjadi harapan penulis dan saya juga agar buku ini akan dibaca ramai orang dan mereka mendapatinya menarik. Justeru, saya gembira dan mengucapkan terima kasih kerana pembaca mengundi buku saya ini bagi hadiah ini," katanya.



Ketua ST Press, Encik Murali Subramaniam, menerima anugerah itu bagi pihak Profesor Jayakumar.



Menyampaikan ucapan terima kasih secara maya di majlis tersebut, Encik Peh menghargai pasukannya di The Nutgraf dan penerbitnya, World Scientific.



"Lebih daripada itu, saya harus berterima kasih kepada ESM Goh kerana mempercayai saya dengan kisahnya, berkongsi dengan saya pengamatannya, dan saya sangat gembira hari ini, pembaca telah memberi kami anugerah ini," jelasnya.



Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Popular dipilih daripada undian orang awam antara 27 Ogos dengan 31 Oktober.



Bagi meraikan ulang tahun ke-10 anugerah ini, pembaca mendapat potongan harga 20 peratus bagi semua tajuk yang dicalonkan sejak 2011 di kesemua kedai buku Popular hingga 31 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >