Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku panduan bantu PMET 'bangkit'

Nov 19, 2017 | 05:30 AM



APABILA seorang pencari nafkah kehilangan pekerjaan, seluruh keluarga yang bergantung padanya terjejas.



Oleh itu, buku panduan buat golongan Karyawan, Pengurus, Eksekutif dan Teknisyen (PMET) yang dilancarkan semalam mengandungi cara mendapatkan bantuan bukan sahaja bagi mereka yang sedang mencari kerja, bahkan untuk anak-anak dan ibu bapa di bawah tanggungan mereka.



Bertajuk Handy Guidebook For PMETs, buku itu dilancarkan pengerusi bersama Jawatankuasa Mendekati PMET, Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim; di Perpustakaan Negara.



Jawatankuasa itu, yang ditubuhkan Februari lalu, bertujuan membantu PMET, yang menurut perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) merangkumi 72 peratus golongan pekerja yang diarah berhenti kerja sedang perniagaan menjalani penyusunan semula.



"Apabila kami mendekati golongan PMET, kami dapat lihat apakah usaha yang mereka lakarkan dan bantuan yang mereka perlukan. Kami mendapat idea membukukan panduan ini bagi golongan PMET supaya ia mencerminkan usaha mendekati PMET yang mahu mendapatkan pekerjaan, dan mereka yang mahu menggunakan skim dan inisiatif sedia ada.



"Kami mahukan buku ini menjadi sumber mendapatkan maklumat bagi mereka meneruskan perjalanan mereka sebagai golongan PMET," kata Dr Faishal sambil menambah bahawa buku panduan percuma itu akan diedarkan di tempat yang biasa dikunjungi golongan PMET.



Buku itu juga boleh didapatkan melalui laman Mendaki yang akan diumumkan tidak lama lagi.



Antara lain, ia menyenarai inisiatif dan program yang disediakan di peringkat nasional dan masyarakat bagi mereka yang mahu memperbaiki secara menyeluruh aspek-aspek berbeza dalam kehidupan mereka.



Buku itu juga menyediakan senarai skim bagi meringankan perbelanjaan berkaitan yuran sekolah anak di pelbagai peringkat pengajian.



Panduan turut disediakan bagi penjagaan ibu bapa, serta komitmen kewangan lain seperti perubatan dan makanan.



Pelancaran buku itu sebahagian daripada sesi terakhir dalam siri Secangkir Kopi Bersama Mendaki tahun ini.



Sekitar 50 PMET pelbagai bangsa menyertai sesi tersebut yang diadakan dalam sekitaran santai dengan peluang kepada peserta membina rangkaian demi membangunkan kerjaya mereka.



Dua duta pembelajaran sepanjang hayat, Encik Kamarudin Osman dan Encik Dzahri Dzulkifly, turut berkongsi pengalaman mereka meluaskan kemahiran dan bangkit semula selepas diarah berhenti kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >