Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku panduan tentang kencing manis dihidapi kanak-kanak dilancar

Jun 05, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH buku kanak-kanak yang ingin menyampaikan mesej tentang penyakit kencing manis Jenis 1 telah dilancarkan semalam.



Kencing manis Jenis 1 adalah sejenis kencing manis paling sering menjejas kanak-kanak dan remaja.



Buku setebal 31 halaman itu bertajuk, "Nama saya Adam. Saya Menghidap Kencing Manis Jenis 1" (My Name is Adam. I have Type 1 Diabetes), ditaja pertubuhan amal Diabetes Singapura.



Buku itu dilancarkan oleh Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Eunos.



Buku itu menceritakan kisah seorang anak lelaki berusia 10 tahun menyesuaikan diri dengan cabaran baharu selepas diberitahu menghidapi penyakit tersebut.



Ini termasuk memberi suntikan insulin sendiri serta memantau paras glukosa dalam darah atau memeriksa tahap gula secara kerap.



Meskipun watak dalam cerita itu ialah watak dongeng, kandungannya berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh keluarga yang mempunyai anak menghidapi penyakit itu.



Kedua-dua penulis buku tersebut, Cik Candy Gan, 25 tahun, mantan pengawal penjagaan kesihatan, dan Cik Yeo Cheng Yong, seorang jurutera data berusia 33 tahun masing-masing menghidapi diabetes pada usia dua tahun dan 20 tahun.



Semasa acara pelancaran itu, Cik Gan berkata inspirasi di sebalik buku tersebut datang daripada pengalamannya menyesuaikan diri dengan kencing manis pada usia muda.



Cik Gan berkata dia tidak pernah memberitahu temannya dahulu tentang keadaannya semasa dia masih muda, namun dia sebenarnya berharap dapat mendidik mereka tentang penyakit tersebut pada ketika itu.



"Justeru, buku ini menggambarkan apa yang saya harap saya dapat sampaikan kepada kawan-kawan saya ketika masa kecil dahulu."



Kencing manis Jenis 1 berlaku apabila tubuh badan yang tidak mempunyai bekalan insulin mencukupi, dan besar kemungkinan disebabkan oleh faktor keturunan atau sekitaran.



Kencing manis Jenis 2 pula kerap disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan.



Daripada 712,000 pesakit kencing manis di Singapura, 5 hingga 10 peratus menghidapi kencing manis Jenis 1, kata Diabetes Singapura.



Berucap semasa majlis pelancaran itu, Cik Rahayu mengingatkan orang ramai bahawa satu daripada setiap tiga individu di sini bakal menghadapi risiko, menghidap kencing manis dalam hidup mereka, dan menjelang 2050, sekitar sejuta warga Singapura dijangka menghidapinya.



Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (MOH) telah memberi subsidi bagi pam insulin dan beberapa produk tertentu untuk pesakit di institusi kesihatan awam supaya harganya kekal berpatutan.



Agensi Keberkesanan Jagaan (Ace) yang dikendali MOH akan terus memudahkan rundingan tentang harga ubat dan peranti dengan penilaian berasaskan bukti dan teknologi, kata Cik Rahayu.



"Ini akan membantu pesakit, termasuk mereka yang menghidap kencing manis Jenis 1, mendapat rawatan yang boleh mempertingkat keputusan rawatan serta mutu kehidupan mereka," ujar Cik Rahayu.



Buku tersebut akan disebarkan di hospital, sekolah serta badan-badan amal dan juga dijual di pejabat Diabetes Singapura di Jurong dan Boon Keng dengan harga $15.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >