SATU buku yang memaparkan himpunan 10 kisah inspirasi cinta dan pengorbanan para bapa yang menghadapi situasi unik dilancarkan pagi tadi.
Dinamakan "10 Kisah Bapa Inspirasi", buku terbitan Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Pusat Kebapaan (CFF) dengan kerjasama Berita Harian itu bertujuan menggalak golongan bapa memainkan peranan lebih aktif dalam keibubapaan dan menekankan tentang pentingnya berkongsi proses keibubapaan.
Wartawan Berita Harian, Encik Norman Sawi, telah menulis buku ini yang antara lain menampilkan kisah inspirasi daripada para bapa seperti Mufti Dr Fatris Bakaram.
Tetamu terhormat iaitu Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, melancarkan buku tersebut semasa seminar keibubapaan di Hotel Crowne Plaza.