Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Buku rakam sumbangan Israel bantu bina SAF

Dec 10, 2019 | 05:41 PM

BUTIRAN mengenai sumbangan Israel yang membantu membina tentera Singapura pada tahun-tahun awal kemerdekaan terakam dalam satu buku yang telah dilancarkan semalam (Isnin, 9 Dis).

Ini sempena sambutan memperingati 50 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Bertajuk 'Beating The Odds Together: 50 Years of Singapore-Israel Ties', buku setebal 160 muka surat itu diterbitkan bersama Institut Timur Tengah di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan World Scientific.

Antara yang memberi sumbangan kepada buku tersebut termasuk Encik Peter Ho, mantan pegawai perkhidmatan awam yang merupakan setiausaha tetap pertahanan dari 2000 hingga 2004.

Encik Ho telah menceritakan tentang bantuan pertahanan Isreal kepada Singapura dalam tahun-tahun awal.

Bekas menteri luar negara George Yeo juga telah memberi sumbangan kepada buku tersebut, lapor The Straits Times.

Singapura dan Israel menubuhkan hubungan diplomatik secara rasmi pada 1969.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian