Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku sejarah Kampong Glam dipilih pemenang Hadiah Sejarah SG

Sep 10, 2021 | 05:30 AM



ILHAM menulis buku tentang Kampong Glam timbul setelah Cik Hidayah Amin sedar belum ada buku yang mengupas sejarah masa lampau antara kawasan paling menarik di Singapura itu.



Pada waktu itu, beliau baru selesai menulis buku tentang kenangan membesar di rumah kelahirannya, Gedung Kuning, yang diperolehi pemerintah dalam rangka membangun semula kawasan bersejarah Kampong Glam.



Dalam masa tiga tahun, beliau melakukan kajian, mewawancara bekas penduduk, dan menulis buku setebal 384 muka surat itu yang diberi judul 'Leluhur: Singapore's Kampong Gelam'.



Walaupun bergelar buku sejarah, ia ditulis dalam gaya yang ringkas supaya ia mudah difahami orang biasa, bukan sekadar ahli sejarah dan cendekiawan.



"Ketika menulis buku Gedung Kuning itu, saya terfikir, Kampong Glam sangat penting kepada Singapura tetapi saya agak terkejut kerana tidak ada buku tentang kawasan itu. Ia sangat sukar dicari," kata Cik Hidayah, 49 tahun.



"Jadi saya memutuskan untuk menulis buku ini dengan mudah tapi penuh fakta, dalam cara yang boleh difahami seorang mak cik dengan pemahaman bahasa Inggeris peringkat asas," tambah sarjana pengajian sejarah Universiti Cambridge itu.



Buku itu turut memuatkan kisah-kisah bekas penduduk Kampong Glam yang menurut Cik Hidayah "tidak boleh didapatkan di tempat lain, termasuk di arkib", seperti kisah burung kakak tua putih yang kakinya tersangkut di atas menara Masjid Sultan.



Buku tersebut telah dipilih sebagai pemenang Hadiah Sejarah Singapura Universiti Nasional Singapura (NUS) 2021 semalam yang membawa anugerah wang tunai $50,000.



Hadiah itu, yang diberikan setiap tiga tahun sejak 2018, dianugerahkan kepada penerbitan cemerlang yang membawa kesan berkekalan terhadap pemahaman sejarah Singapura, dan mudah diakses pembaca pakar dan bukan pakar.



Buku Cik Hidayah dipilih di antara enam yang disenarai pendek daripada 31 karya yang dicalonkan oleh panel juri lima anggota yang dipengerusikan oleh Zamil Kehormat di Institut Pengajian Asia NUS, Encik Kishore Mahbubani.



"Antara matlamat Hadiah Sejarah Singapura adalah untuk menjadikan sejarah Singapura mudah diakses orang biasa dan menyedarkan mereka tentang sejarah Singapura yang kaya. Dan buku ini melakukannya dengan sangat baik. Ia mempunyai gambar, lukisan, peta, kisah-kisah yang menarik, dan ini menghidupkan sejarah Kampong Glam dengan baik," kata Encik Mahbubani.



Beliau menambah buku itu turut memberi pemahaman baru tentang warisan Melayu Singapura, dengan menggambarkan bagaimana negara ini merupakan pusat penting dunia Melayu, jauh sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles, dan bagaimana Kampong Glam menjadi nadinya.



"Hidayah telah membuat sumbangan baru yang penting kepada pemahaman kita tentang sejarah Singapura," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >