Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku sejarah masakan Melayu diiktiraf Anugerah Buku S'pura

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



BUKU yang dianggap sangat bernilai dalam merakam sejarah masakan Melayu telah menerima pengiktirafan utama di Anugerah Buku Singapura.



Berjudul The Food of Singapore Malays (Makanan Orang Melayu Singapura) oleh Encik Khir Johari, buku itu telah berjaya menerima anugerah Buku Terbaik 2022 daripada Persatuan Penerbit Buku Singapura.



Pengiktirafan itu berlangsung dalam satu majlis pengiktirafan buku-buku terbaik tempatan yang diadakan di Hotel Fullerton secara langsung dan juga dalam talian, malam kelmarin



Buku setebal 624 halaman diterbitkan oleh Marshall Cavendish, ia merangkumi pengembangan makanan Melayu dari abad ketujuh hingga hari ini.



Selain itu, ia juga mengupas kisah-kisah di sebalik hidangan dan masakan makanan Melayu dan mengandungi 32 resipi.



Bercakap kepada Berita Harian, Encik Khir amat berbesar hati dan bersyukur atas penerimaan anugerah tersebut.



"Ini adalah kemenangan bagi masyarakat Melayu Singapura. Kemenangan ini satu pengiktirafan rasmi bagi menghargai makanan Melayu.



"Saya amat berterima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjadi sumber inspirasi kepada buku ini.



"Ini termasuk mak cik dan pak cik yang telah menghulurkan bantuan dari segi ilmu, resipi dan juga peralatan acuan-acuan masakan Melayu. Ini juga adalah anugerah mereka," ujar sejarawan berusia 59 tahun itu.



"Sudah tiba masanya kami meraikan dan mengantarabangsakan perihal makanan Melayu di peringkat yang besar," tambah beliau.



Antara lain, buku itu juga telah memenangi anugerah Ilustrasi Terbaik Judul Bukan Fiksyen.



Tahun ini, lebih 160 judul buku daripada terbitan setempat telah dicalonkan dalam pertandingan tersebut.



Pemenang daripada 13 kategori itu telah menerima plak dan sijil pengiktirafan setiap orang.



Mengulas lanjut mengenai bukunya, bekas Naib Presiden Persatuan Warisan Singapura itu berkata:



"Nusantara menawarkan sejarah yang luas dan ini mempengaruhi kreativiti dan kemahiran dalam masakan makanan Melayu.



"Makanan Melayu juga menerapkan unsur-unsur daripada budaya luar dan ia memperkayakan lagi seni masakan makanan Melayu."



Mengongsi matlamatnya, Encik Khir meluahkan bahawa menerusi buku itu, beliau ingin memartabatkan dan melestarikan makanan Melayu.



"Mudah-mudahan dengan kemenangan ini, kami dapat berasa bangga akan kelazatan dan keindahan masakan Melayu," kata Encik Khir.



Antara syarat layak dalam pertandingan itu, buku yang dicalonkan harus diterbitkan dalam satu daripada empat bahasa rasmi Singapura antara 1 Januari dengan 31 Disember tahun sebelumnya.



Ia mesti mempunyai isbn Singapura (nombor buku standard antarabangsa), nombor unik yang mengenal pasti setiap edisi buku, dengan salinan keras yang didepositkan secara sah dengan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).



Buku-buku yang dicetak mesti dijual di kedai-kedai runcit setempat atau di luar negara, atau kedua-duanya.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata dalam ucapan video yang dirakam sebelum majlis:



"Tahun ini, SBPA (Persatuan Penerbit Buku Singapura) menerima rekod lebih 160 pencalonan bagi anugerah itu, naik 60 peratus daripada tahun lepas, dan merentasi pelbagai jenis media daripada kulit kertas ke buku audio, serta buku-buku realiti tambahan. Ini sudah tentu satu bukti kepada peningkatan mutu karya-karya yang diterbitkan.



Presiden baru SBPA juga pengasas Epigram Books, Encik Edmund Wee berkata di majlis itu:



"Apa yang boleh anda katakan tentang objek seperti buku? Ia membuat anda lebih bijak, ia membuat anda lebih baik, ia membuat anda lebih yakin, dan ia membantu anda lebih berhati-hati.



"Malam ini, kami mahu meraikan hasil kerja penerbit di Singapura kerana menghasilkan produk yang menjadikan anda semua ciri-ciri ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >