Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku suntingan Tommy Koh papar pencapaian negara kecil

Sep 09, 2022 | 05:30 AM



SEMENTARA kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China dan Russia sering mendapat sorotan media antarabangsa, satu buku baru bertajuk Small States In A Big World: Size Is Not Destiny yang dilancarkan baru-baru ini pula memaparkan negara kecil serta pencapaian besar mereka.



Dalam senarai 10 negara dengan pendapatan per kapita (PCI) tertinggi, sistem pendidikan terbaik, ekonomi paling berdaya saing, kadar rasuah terendah dan mempunyai sekitaran kesaksamaan jantina terbaik, sebahagian besarnya merupakan negara kecil.



Di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Norway memenangi pingat terbanyak.



Dan di Sukan Olimpik Tokyo pula, 113 daripada 340 pingat dimenangi atlet dari 25 negara dan wilayah kecil.



Duta Kelana, Profesor Tommy Koh, berkata ini menunjukkan bagaimana negara kecil, yang mempunyai 10 juta penduduk dan ke bawah, telah meraih pencapaian besar dan membuktikan bahawa saiz tidak menentukan takdir mereka.



Tambahnya, negara kecil ini telah menunjukkan bahawa mereka boleh mengatasi saiz mereka yang kecil dan turut mencapai kejayaan.



Profesor Koh berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran buku Small States In A Big World: Size Is Not Destiny, yang disuntingnya di The Pod di Bangunan Perpustakaan Negara kelmarin.



Buku itu mengandungi 40 esei oleh 46 penulis dari 29 negara kecil termasuk topik mengenai cara Bhutan mengukur kegembiraan; usaha Qatar membangunkan syarikat penerbangan terbaik di dunia; bagaimana kepimpinan Costa Rica melindungi alam sekitar; serta pengalaman Singapura memupuk keharmonian kaum dan agama.



Profesor Koh menarik perhatian bahawa terdapat banyak kumpulan bagi negara besar di pentas antarabangsa seperti G7, G20 dan Brics, tetapi tidak banyak kumpulan yang ada bagi negara kecil.



"Dunia menganggap negara kecil sebagai warga kelas kedua," ujarnya.



Oleh itu, beliau berkata duta Singapura kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Chew Tai Soo, mengambil inisiatif untuk membentuk Forum Negara Kecil (FOSS) pada 1992.



FOSS telah berkembang daripada dianggotai 16 negara 30 tahun lalu kepada 108 negara kini, yang mewakili sebahagian besar keanggotaan PBB.



Jumlah anggota kumpulan itu memberinya pengaruh dan kuasa berunding.



Dengan sokongan negara anggota FOSS, calon yang cemerlang dari negara kecil juga boleh menewaskan calon yang kurang cemerlang dari negara besar dalam undian PBB, kata Profesor Koh.



Duta Besar Ireland di Singapura, Cik Sarah McGrath, juga menarik perhatian sokongan negara kecil lain yang telah membolehkan Ireland mendapatkan undian mencukupi untuk memenangi satu kerusi tidak tetap di Majlis Keselamatan PBB bagi 2021/2022.



Cik McGrath hadir di majlis pelancaran buku itu dan berucap sebagai mewakili mantan presiden Ireland, Cik Mary Robinson, yang turut menyumbang salah satu prakata buku tersebut.



Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, yang menyumbang satu lagi prakata berkata beliau berharap buku itu dapat memberi pandangan bermanfaat tentang bagaimana negara kecil berupaya bekerjasama untuk mengatasi cabaran mereka.



Turut hadir di majlis pelancaran buku itu ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Ehwal Luar (MFA), Encik Albert Chua, yang menggesa negara kecil terus berusaha melindungi sistem berbilang hala dan PBB kerana mereka boleh berkembang maju dengan terbaik dalam sistem berbilang hala yang berdasarkan peraturan di mana setiap negara mempunyai suara yang sama dan pertikaian ditangani dengan aman serta mengikut peraturan undang-undang.



Small States In A Big World: Size Is Not Destiny diterbitkan Straits Times Press dan boleh didapatkan pada harga $32.10 (termasuk GST) di kedai buku utama dan menerusi laman web www.stbooks.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >