Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku tentang keganasan keluarga diedar kepada murid sekolah rendah

Ia bertujuan untuk tingkatkan kesedaran di kalangan kanak-kanak
Jan 28, 2022 | 05:30 AM



LEBIH daripada 40,000 buku bergambar pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang keganasan keluarga di kalangan kanak-kanak telah diedarkan kepada semua murid sekolah rendah.



Buku pendidikan bertajuk 'A Day with Bob' yang dihasilkan bersama oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan pusat pakar keganasan keluarga, Pave pada 2020, menceritakan tentang seorang budak lelaki, Bob, yang menyaksikan keganasan keluarga dan mengambil langkah untuk menghentikan keganasan di rumah.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata pengedaran buku itu tepat pada masanya.



Katanya, ini kerana masyarakat telah melihat peningkatan yang berterusan dalam jumlah pertanyaan dan kes baru keganasan keluarga yang dikendalikan oleh pusat pakar keganasan keluarga (FVSC) dan Pusat Pakar Khidmat Bersepadu bagi Perlindungan Individu dan Keluarga (ISIFPSC) Pave selama tiga tahun yang lalu.



Pada tahun 2021, terdapat sebanyak 5,209 laporan polis mengenai keganasan keluarga. Ini meningkat daripada 5,134 laporan pada tahun 2020.



Memandangkan kanak-kanak merupakan golongan yang terdedah kepada keganasan keluarga, Dr Faishal berkata ia penting untuk mendekati mereka dengan cara yang berbeza - iaitu melalui buku bergambar pendidikan.



"Buku ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa keganasan keluarga bukanlah perkara peribadi.



"Ia juga membantu mereka mengenal pasti tanda-tanda keganasan keluarga, tempat untuk mendapatkan bantuan dan juga menggalakkan mereka mendapatkan bantuan awal sekiranya mereka menjadi mangsa," kata Dr Faishal semasa lawatannya kepada Sekolah Rendah Palm View pagi semalam.



Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (MOE), SPF telah mengagihkan buku-buku tersebut kepada semua sekolah rendah pada Disember tahun lalu.



Semasa lawatan itu, Dr Faishal telah melihat bagaimana buku tersebut digunakan dalam rancangan pengajaran sekolah dengan cara yang interaktif dan mudah difaham oleh murid-murid.



Melahirkan perasaan gembira melihat bagaimana buku itu digunakan di sekolah, Dr Faishal berkata:



"Inisiatif ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan boleh memainkan peranan bersama untuk meningkatkan kesedaran dan memberi ruang kepada masyarakat untuk mengenal pasti keganasan keluarga."



Dengan adanya buku ini, sekolah mempunyai fleksibiliti untuk menggabungkan pelajaran daripada buku ke bilik darjah pada semester pertama tahun 2022.



Contohnya, guru-guru boleh menggunakan buku tersebut untuk memudahkan pelajaran tentang bagaimana ahli keluarga boleh menyokong satu sama lain.



Guru juga boleh menjelaskan bahawa senario menggambarkan apa yang minoriti murid-murid mungkin menghadapi dan menasihati pelajar tentang di mana mereka boleh mendapatkan bantuan.



Menurut Cik Ming Kum, pengetua Sekolah Rendah Palm View, sejak menerima buku tersebut akhir tahun lalu, ramai muridnya telah memberi respons yang baik terhadap buku itu.



"Ramai murid-murid kami seronok membaca buku yang interaktif ini.



"Semasa guru-guru kita mengunakan buku ini untuk mengajar, murid-murid sebenarnya digalakkan untuk menjadi sebahagian daripada latihan yang menarik," kata beliau



"Inisiatif ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah dan pihak-pihak berkepentingan boleh memainkan peranan bersama untuk meningkatkan kesedaran dan memberi ruang kepada masyarakat untuk mengenal pasti keganasan keluarga."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >