Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Bahasa 2019 dilancar

Sep 07, 2019 | 04:11 PM



BAHASA tidak mungkin dinamik jika penggunanya tidak dinamik. 



Sejak bertahun lamanya, bahasa Melayu mampu mengekalkan kerelevannya dan masih lagi digunakan kerana para pengguna bahasa sentiasa inovatif dan sedia menerima pelbagai kosa kata dan ungkapan-ungkapan daripada pelbagai bahasa, konteks dan budaya. 



Demikian menurut Presiden Halimah Yacob ketika berucap dalam majlis pelancaran Bulan Bahasa 2019 di Muzium Tamadun Asia (ACM) hari ini. 



“Sepanjang sejarah dan perkembangan rantau ini, bahasa Melayu kekal dinamik dan terus diperkayakan dek pengaruh kedua-dua bahasa-bahasa di Nusantara, seperti bahasa Jawa dan Bugis, dan bahasa-bahasa dari negeri-negeri lain, seperti bahasa Tamil, Mandarin, Parsi, Arab, dan bahasa-bahasa Eropah. 



“Bahasa yang menyerapkan pelbagai pengaruh bahasa lain mempunyai keupayaan untuk terus berkembang dan bertahan,” ujarnya. 



Dalam pada itu, Puan Halimah turut menyentuh bagaimana persuratan bahasa Melayu juga telah menyaksikan perkembangan. 



“Asimilasi berterusan juga berlaku pada tulisan bahasa Melayu, yang berkembang daripada tulisan Pallava kepada tulisan Arab, dan kini, tulisan Rumi,” kata Puan Halimah lagi.



“Kini, kita mewarisi satu bahasa yang dinamik, berdaya tahan dan indah yang mekar dalam masyarakat Singapura yang majmuk dan moden sebagai bahasa kebangsaan kita.”



Justeru, beliau menekankan bahawa dengan bertutur atau menggunakan bahasa ibunda, masyarakat Melayu dalam lebih memahami sejarah, identiti serta semangat kekitaan terhadap masyarakat sendiri.



Bertemakan ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita’, ia berharap dapat menyemai semangat dalam menyemarakkan lagi bahasa Melayu dengan menyatukan masyarakat untuk bekerjasama mengekalkan penggunaan dan kerelevanannya, terutama kepada generasi muda.



Dalam ucapannya, Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam, menggesa masyarakat untuk terus memberi sokongan serta menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang berterusan.



“Bahasa Melayu merupakan wadah untuk memahami ilmu, sejarah dan budaya masyarakat Melayu yang kaya, justeru, penting untuk kita terus menyelami keindahan bahasa kita.



“Kami berharap agar masyarakat terus meneroka dan berinovasi dengan idea-idea baharu untuk menarik minat orang ramai, terutamanya generasi baharu kita, untuk mencintai bahasa Melayu,” ujarnya



Seramai tiga lagi Duta Bahasa dilantik Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) tahun ini – pemain piano Cik Nabillah Jalal, 27 tahun, penyanyi dan penulis lagu, Encik Aqmal Noor, 35 tahun, serta peguam dan sukarelawan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, 38 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >