Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Bahasa 2021 lantik tiga duta bahasa baru

Jul 16, 2021 | 08:31 PM



NAMA mereka tidak asing lagi dalam arena seni setempat dan sering terlibat dalam pelbagai acara bahasa dan budaya.



Tiga personaliti seni tempatan ini telah dilantik sebagai duta bahasa terbaru, bagi menjayakan kempen Bulan Bahasa tahun ini.



Mereka ialah pengamal dan penyelidik seni, Dr Noramin Farid, personaliti tempatan dan pengarah kreatif, Cik Marina Yusoff dan penyanyi dan pendidik, Encik Hyrul Anuar.



Pelantikan tiga duta bahasa itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa Cik Rahayu Mahzam, yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) dalam satu sidang media maya diadakan pada Jumaat (16 Julai).



Bulan Bahasa tahun ini yang akan mengekalkan tema Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita akan terus memuatkan program yang dijalankan menggunakan wadah seperti Zoom dan media sosial seperti Facebook. 



Ini menyusuli kejayaannya dalam menganjurkan acara tahunan tersebut dalam talian buat julung kalinya tahun lalu, menurut Cik Rahayu.



Seperti tahun yang lalu, acara Bulan Bahasa tahun ini antara lain bertujuan menggalak pengguna Bahasa Melayu menghayati kehalusan dan menghargai peri penting bahasa Melayu kepada masyarakat.



Ia akan dilancarkan pada 4 September dan akan disiarkan di televisyen melalui saluran Suria mulai 8.30 malam. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >