Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Bahasa 2022 dilancarkan

Sep 03, 2022 | 09:37 PM



BULAN Bahasa 2022 dilancarkan hari ini (3 Sept) dengan penuh meriah dalam satu majlis ditayangkan di televisyen yang menghiburkan penonton dengan persembahan lagu, deklamasi sajak dan sesi balas membalas pantun.



Disiarkan di saluran Mediacorp Suria tadi, majlis pelancaran itu dihadiri tetamu terhormat,  Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Tahun ini, program Bulan Bahasa, yang merupakan daya usaha Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) itu, berlangsung dari 13 Ogos hingga 9 Oktober.



Dalam ucapannya di majlis itu, Dr Maliki berkata pembelajaran bahasa Melayu tidak hanya boleh dilakukan di sekolah sahaja, dengan bahasa ibunda itu harus digunakan dalam setiap aspek kehidupan seharian supaya dapat kekal relevan bagi generasi akan datang.



Oleh itu, keluarga memainkan peranan penting dalam penggalakan bahasa, budaya dan nilai masyarakat, tambah beliau.



“Dalam kita memupuk penghargaan dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan generasi akan datang, pembelajaran bahasa tidak dapat dilakukan di sekolah sahaja. 



“Bahasa harus digunakan dalam kehidupan harian, disokong oleh ibu bapa dan masyarakat. 



“Dengan ini, kita dapat terus menyediakan dan meluaskan persekitaran yang menggunakan bahasa Melayu,” kata beliau.



Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS); dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Bulan.



Majlis pelancaran itu menampilkan persembahan lagu oleh bakat-bakat muda, seperti Qis Maraj, Syaz Smooth dan Rahila Rashun.



Sementara itu, penggiat Bahasa Melayu dan kesusasteraan, Afi Hanafi, telah membuat deklamasi sajak bersama dua Duta Bahasa yang baru dilantik tahun ini - kedua-duanya personaliti televisyen, Hans Hamid dan Fir Rahman.



Sepanjang program itu, hos Adi Rahman dan Huda Ali juga balas membalas pantun bersama Dr Maliki, Dr Faishal dan Cik Rahahyu.



Tahun ini, acara fizikal kembali menyerikan program Bulan Bahasa selepas dua tahun program itu diadakan secara dalam alam maya sepenuhnya disebabkan pandemik Covid-19.



Bertemakan ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita.’, program itu merupakan sebuah kempen tahunan untuk menggalak masyarakat menghargai dan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka dalam usaha melestarikan warisan masyarakat Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >