Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan ini Januari paling lembap dalam 30 tahun

Jan 11, 2021 | 05:30 AM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata Januari 2021 merupakan bulan Januari paling lembap sejak tempoh 30 tahun lalu.



Menurut NEA, jumlah hujan yang direkodkan bagi 10 hari pertama bulan ini pada 5 petang semalam adalah sebanyak 632.8mm, melebihi 600.9mm yang dicatatkan pada 2004.



Ini menurut maklumat yang diterima di stesen cuaca Changi, kata NEA dalam kirimannya di Facebook semalam.



Menurutnya, tiupan Monsun Timur Laut di rantau ini semakin kuat dan membawa hujan yang berterusan di kebanyakan kawasan Singapura sejak awal pagi semalam.



Hujan juga menyebabkan suhu yang dingin sekitar antara 23 dengan 24 darjah Celsius.



"Jumlah hujan paling banyak di bahagian timur pulau termasuk di Changi, Pasir Ris, Tampines dan Marine Parade," kata NEA.



NEA meramalkan tiupan monsun akan berterusan hari ini dan esok tetapi mula reda sekitar pertengahan minggu.



Keadaan berangin dengan hujan, kadangkala lebat, dijangka berlaku semasa tempoh ini dengan suhu minimum boleh mencecah 21-22 darjah, jika hujan berterusan, kata NEA.



Seorang warga yang merancang melakukan kegiatan hiking sepanjang 12 kilometer dari MacRitchie ke Bukit Timah pagi semalam bersama suami dan sepupunya terpaksa membatalkannya dek hujan.



Sebagai ganti, wanita berusia 29 itu yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Naini, meluangkan pagi Ahad menonton Netflix di rumah dalam cuaca sejuk sambil menikmati semangkuk mi Maggi panas.



"Sambil tonton Netflix makan mi, satu kombinasi sempurna," ujar mak andam itu.



Di Malaysia, jabatan meteorologi negara itu semalam meramalkan cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berlaku di Johor sehingga hari ini.



Laporan lanjut: Amaran cuaca bahaya, hujan lebat berterusan di Johor




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >