Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Kebapaan dilancar, harap tingkat kesedaran tentang peranan bapa mengasuh anak

Sep 01, 2018 | 08:00 PM



BUAT julung-julung kalinya, Pusat Kebapaan (CFF), pada Sabtu (1 September) melancarkan Bulan Kebapaan khas buat masyarakat Melayu/Islam. 



Bulan Kebapaan Melayu/Islam ini,  yang akan berlangsung sepanjang September ini,  bertujuan mempertingkat kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam tentang peri penting peranan bapa dalam  mengasuh anak dari kecil sehingga dewasa.



Antara aktiviti yang diadakan adalah acara dikir barat, pertandingan bola sepak antara anak dengan bapa, dan seminar keibubapaan.



Naib Pengerusi CFF, Encik Ramlee Buang berkata, dilihat dari sudut demografik dan isu yang membelenggu masyarakat Melayu/Islam, sejumlah besar bapa tidak melibatkan diri dalam proses ini.



Justeru, gerakan Bapa Sepanjang Hayat boleh berperanan meningkat kesedaran dalam kalangan masyarakat.



Majlis pelancaran itu dihadiri lebih 60 tetamu termasuk Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan keluarga), Profesor Madya Faishal Ibrahim.



Dalam ucapannya di majlis itu, Dr Faishal berkata inisiatif tersebut merupakan usaha yang bermakna bagi masyarakat Melayu/Islam.



“Ia menunjukkan sejauh mana perkembangan keluarga Melayu/Islam  dalam meraikan kekeluargaan dan sejauh mana kesedaran mereka bahawa bapa memainkan peranan aktif dapat membina asas yang kukuh bagi menjalinkan ikatan keluarga yang kuat,” ujarnya.



Beliau sempat menyelitkan beberapa nasihat, dan diantaranya adalah peri penting kededua bapa baru serta yang lebih berpengalaman untuk melengkapi diri mereka dengan pengetahuan bagi menyahut berbilang peranan bapa seperti yang lumrah pada masa ini



Bulan Kebapaan Melayu/Islam  ini merupakan kerjasama antara CFF dan beberapa masjid serta badan Melayu/Islam. Antaranya adalah Yayasan Mendaki, Angkatan Karyawan Islam (AMP), dan Pemuda Pemudi Islam Singapura (PPIS). 



Encik Ramlee berkata beliau berbesar hati atas sokongan yang diberikan. 



“Kami ingin memperluas jumlah sasaran kami, dan kami bergantung kepada sumber. Semangat gotong-royong di kalangan masyarakat Melayu/Islam kritikal,” kata beliau.



Encik Ramlee menambah beliau berharap ini akan menjadi acara tahunan pada masa akan datang. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >