Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan SkillsFuture X Smart Nation tawar maklumat, kerjaya ICT

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura yang tidak mempunyai latarbelakang dalam bidang teknologi digalakkan untuk mempertimbangkan kerjaya di sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).



Pelbagai pendedahan, maklumat dan peluang kerjaya ini dapat diikuti menerusi acara Bulan SkillsFuture X Smart Nation (SFM X SN) yang kembali berlangsung di Our Tampines Hub (OTH).



Acara berkonsep jerayawara itu telah dilancarkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan Cik Josephine Teo, semalam.



Cik Teo juga adalah Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak dan Keselamatan Siber.



Acara hibrid SFM X SN 2021 merangkumi dua jerayawara fizikal dan satu siri webinar kemahiran digital percuma, menurut satu kenyataan SkillsFuture Singapore dan Pejabat Pemerintah Negara Bijak dan Digital semalam.



Acara itu bertujuan untuk melibatkan warga negara, terutamanya yang tidak mempunyai pengalaman atau latihan teknologi sebelumnya, untuk belajar tentang kemahiran digital yang diminati, mengenal pasti peluang latihan dan jurang kemahiran.



Selain itu ia juga menawarkan mereka yang berminat untuk mengikuti bidang digital dan kemahiran teknologi agar mereka dapat dibantu untuk mencari pekerjaan dan peluang di sektor ICT.



Sektor ICT telah mencatat pertumbuhan yang pesat walaupun di tengah situasi Covid-19.



Dalam 2020, sektor IT adalah salah satu daripada beberapa sektor yang mendaftar pertumbuhan positif dalam pekerjaan, tambah kenyataan itu.



Di bawah pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited lebih daripada 13,600 orang yang mencari kerja telah disalurkan ke dalam pekerjaan, skim pelatih dan pegawai yang dilantik di syarikat, serta peluang latihan di sektor ICT sejak Februari 2021. Masih ada lebih daripada 18,000 peluang yang ditawarkan.



Syarikat teknologi mengembangkan rangkaian produk mereka untuk memenuhi keperluan pengguna daripada pelbagai sektor, termasuk penerbangan, pengangkutan, dan F&B.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >