Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bunga api NDP 2019 - tempat tontonan percuma dan penginapan murah di bawah $300

Jul 05, 2019 | 09:45 AM



SETIAP tahun, pertunjukan bunga api semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) menjadi bak kemuncak yang ditunggu-tunggu ramai.



Malah, ada yang sanggup berkelah dan 'turun padang' dari awal lagi hanya untuk mendapatkan 'spot' terbaik untuk menikmati bunga api yang menghias langit malam pada 9 Ogos.



Tahun ini, pertunjukan bunga api boleh dilihat di kawasan City Hall kerana NDP 2019 akan diadakan di Padang.



Ia dijangka bermula dari 8 malam sehingga 8.20 malam pada 6, 13, 20 dan 27 Julai, serta 3 dan 9 Ogos 2019. Jika anda ingin menyaksikannya, berikut antara tempat-tempat yang boleh anda tuju.



 



TEMPAT MENYAKSIKAN BUNGA API SECARA PERCUMA



  1. Fullerton Road - The Merlion Park dan deretan restoran di One Fullerton

  2. Esplanade - bumbung The Esplanade, Esplanade Waterfront, jambatan Esplanade, Jambatan Jubilee dan Queen Elizabeth Walk

  3. Marina Bay - The Promontory dan Marina Bay Sands

  4. Taman di Persisiran - Taman Bay East

Namun, oleh kerana kawasan-kawasan tersebut percuma, ramai orang dijangkakan berkumpul di sana. Jadi, berhati-hati ya!



Pun begitu, jika anda mahu mengelak dari perlu berasak-asak dengan orang ramai, anda boleh juga menyaksikan bunga api dari keselesaan bilik hotel.



 



HOTEL DENGAN HARGA BAWAH $300 UNTUK 'STAYCATION' ANDA



  1. Destination Singapore Beach Road - $165/malam, bilik Superior Queen

  2. Naumi Hotel - $234/malam, bilik Habitat

  3. Marina Mandarin - $294/malam, bilik Deluxe

  4. The Westin - $297/malam, bilik Deluxe Double

  5. Swissotel The Stamford - $299/malam, Premier Room King

  6. Fairmont Hotel - $299/malam, bilik Fairmont

Nota: Harga adalah bagi 9 hingga 10 Ogos 2019. Harga yang disenaraikan adalah yang termurah yang ditawarkan, setelah mengambil kira tawaran seperti diskaun awal dll. Harga boleh melonjak bergantung pada jumlah bilik yang ada.



 



Artikel ini kali pertama diterbitkan dalam MoneySmart.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >