Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menjelang Hari Kebangsaan

'Bunga mekar' Beret Merah

Jul 30, 2019 | 05:30 AM



PEGAWAI Waran Kedua (2WO) Russell Ong, anggota pasukan Red Lions, mengambil masa dua tahun sebelum memberanikan diri bergiat dalam sukan terjun bebas atau 'skydiving'.



Mengimbas semula dorongannya melakukan kegiatan itu, 2WO Ong berkata beliau memang mahu menyertai pasukan komando untuk menyuntik semangat berani dalam diri.



"Apabila memakai beret askar berwarna merah, rasa bangga tersemat di hati,'' katanya, ketika ditemui pihak media.



Di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), beliau dan rakan sepasukan akan terjun bebas dari ketinggian lebih 3,000 meter lalu mendarat di Padang.



Sembilan anggota Red Lions itu akan diketuai Pegawai Waran Pertama (1WO) Melvin Ho, 46 tahun.



Mereka akan terjun bebas dari helikopter secara satu persatu lalu berhimpun di udara bersama.



Mereka kemudian bergandingan ibarat bunga yang mekar di udara.



Aksi sebegitu diperkenal sejak Red Lions terbentuk.



"Tahun ini tahun Bicentennial Singapura. Jadi, kita ingin mengimbas masa lampau,'' kata 1WO Ho.



Dalam acara bersama peserta perbarisan minggu lalu, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata memperingati Bicentennial Singapura menjadi tumpuan perbarisan tahun ini.



Tahun ini, Generasi Merdeka juga ditampilkan sejajar pengenalan Pakej Generasi Merdeka.



Dr Ng, ketika ditukil akhbar The Straits Times (ST), berkata amat sukar menunjukkan 200 tahun melalui satu pertunjukan.



Namun, acara itu bukan acara utama Bicentennial Singapura.



Orang ramai boleh menantikan pelbagai acara dan kegiatan sempena memperingati dwiabad negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >