BELANJAWAN 2019: GERAKAN KURANGKAN SISA
Bungkusan makanan pakai buang, mesra alam
Menteri Kewangan Heng Swee Keat menggesa rakyat mengubah cara hidup dan berusaha ke arah negara sifar sisa. Beberapa firma pemula atau 'start-up' sedang berusaha mengatasi cabaran tersebut.
Feb 19, 2019 | 05:30 AM
TRIA merupakan sebuah syarikat peralatan pemakanan inovasi dan mampan.
Syarikat tersebut percaya akan peranan dan tanggungjawab terhadap gaya hidup masyarakat di Singapura, dan dengan itu telah menghasilkan Bio24 - satu penyelesaian dalam mencapai angka sifar sisa bagi peralatan makanan guna sekali.